WOW! Proton Persona 2016 yang dilancarkan pada 23 Ogos lalu kini menerima 14,000 unit tempahan.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 4,000 unit sudah diterima pelanggan. Manakala varian Premium menjadi antara terlaris dalam barisan ahli keluarga Persona.
Sebelum ini, Proton turut menyatakan Proton Saga 2016 sudah menerima 4,000 unit tempahan sejak diperkenalkan pada 28 September lalu.
PLATFORM IRIZ
Proton Persona 2016 dibangun berdasarkan platform Iriz. Ia dipadankan dengan enjin VVT 1.6L, iaitu enjin sama digunakan pada Iriz.
Bagaimanapun, beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.
3 VARIAN
Hadir dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium, Proton Persona 2016 dijual pada harga bermula RM46,800 hingga RM59,800.
Dari aspek keselamatan, Proton Persona 2016 menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP.
Untuk ketahui sama ada Proton Persona 2016 berbaloi atau tidak untuk dimiliki, baca ulasan pandu uji di SINI.
Leave a Reply