• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Perluas Kapasiti Gudang Alat Ganti Seluruh Negara

Proton Perluas Kapasiti Gudang Alat Ganti Seluruh Negara

March 1, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB)
hari ini menjemput media Malaysia mengadakan lawatan eksklusif ke gudang alat ganti PPCSB di ibu pejabat PROTON Parts Centre, HICOM-Glenmarie Industrial Part, Shah Alam.

Lawatan khas itu turut disertai  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton Edar, Lim Meng Thong, Pengarah Selepas Jualan Proton Edar, Wan Hazran Wan Mustafa dan Pengarah PPCSB, Sam Zhang Lixin.

Tujuan lawatan khas itu adalah mendedahkan media kepada ekosistem pergudangan dan pembangunan dilakukan PROTON untuk menambah baik kitaran bekalan alat ganti kenderaan jenama itu dalam pelan 2024.

Berikut beberapa fakta yang diperoleh daripada lawatan ke PPCSB berkenaan:

  • PPCSB ditubuhkan pada 19 Jun 1992 dan mula beroperasi pada 15 Mei 1993 dengan menawarkan kepakaran dalam perdagangan komponen, alat ganti dan aksesori kenderaan.
  • Memiliki 354 pelanggan terdiri daripada stokis, pengedar servis bertauliah dan bengkel baik pulih badan dan cat (body & paint).
  • PPCSB melabur untuk meluaskan lebih 35 peratus ruang gudang Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), 28,700 meter persegi (m²) kepada 39,000m².
  • untuk menampung permintaan stok seluruh negara.
  • Ibu pejabat (HQ) PPCSB di Glenmarie: Berkeluasan 26,700m² menguruskan bekalan import, eksport dan logistik ke Pantai Timur Semenanjung dengan kapasiti harian  2,500-4,500 barisan tempahan.
  • PPCSB Batu Tiga, Shah Alam: Berkeluasan 3,700m² berfungsi menyimpan bekalan bendalir dan menguruskan operasi domestik, termasuk Malaysia Timur dan Belian Masa Akhir dengan kapasiti harian 150-500 barisan tempahan.
  • PPCSB HQ 2, Glenmarie: Berkeluasan 3,200m² berfungsi menyimpan alat ganti domestik dan eksport, termasuk Malaysia Timur dan Belian Masa Akhir.
  • RPC Sarawak: Berkeluasan 2,700m² menyimpan semua alat ganti domestik untuk Malaysia Timur dengan kapasiti harian 150-500 barisan tempahan.
  • RPC Sabah (Kelombong, Kota Kinabalu): Bakal lancar suku kedua 2024, berkeluasan 2,800m² (diperluas daripada 1,000m²) untuk menyimpan semua alat ganti domestik Malaysia Timur dengan kapasiti 150-500 barisan tempahan.
ppcsb-proton-6
ppcsb-proton-7
ppcsb-proton-5
ppcsb-proton-8
ppcsb-proton-12
ppcsb-proton-9
ppcsb-proton-10
ppcsb-proton-11
ppcsb-proton-13
ppcsb-proton-14
ppcsb-proton-18
ppcsb-proton-19
ppcsb-proton-20
ppcsb-proton-21
ppcsb-proton-22
ppcsb-proton-23
ppcsb-proton-24
ppcsb-proton-15
ppcsb-proton-16
ppcsb-proton-17

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, PPCSB, PROTON Parts Centre Sdn Bhd (PPCSB)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev