• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kembali ke Pasaran Singapura dengan Perkenal Proton e.MAS 7

Proton Kembali ke Pasaran Singapura dengan Perkenal Proton e.MAS 7

May 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON kembali ke pasaran Singapura dengan memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7 yang akan dipertontonkan secara eksklusif di The Car Expo 2025 hujung minggu ini.

Sebelum ini, model ini telah membuat penampilan sulung di peringkat antarabangsa di Nepal pada Mac lalu, dan kini menjadi EV paling laris di Malaysia dalam tempoh empat bulan berturut-turut.

Kembalinya Proton ke Singapura selepas lebih sedekad telah berjaya direalisasikan menerusi kerjasama pengedar rasmi baharu, Vincar Group, yang akan menerajui operasi barisan EV di bawah jenama e.MAS.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, kehadiran e.MAS 7 di negara itu adalah langkah strategik dałam memperluaskan pasaran eksport dan memperkenalkan EV berkualiti tingii kepada pengguna bandar yang menekankan mobiliti mesra alam.

Pengunjung pameran itu turut berpeluang untuk melihat dua varian daripada e.MAS 7 iaitu Prime dan Premium, lengkap dengan sistem pacuan elektrik 12-dalam-1 serta bateri Aegis “short blade” di booth D25, Singapore EXPO.

Pelancaran ini selari dengan inisiatif hijau Singapura yang menyasarkan 55 peratus penggunaan EV menjelang 2027 dan 100 peratus kenderaan bersih menjelang 2040. Lebih 12,000 pengecas EV akan disediakan di kawasan perumahan HDB menjelang 2025.

Di Malaysia pula, Proton mendedahkan telah menerima lebih 6,000 unit tempahan untuk EV nasional pertama ini, sekaligus menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat terhadap EV tempatan.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Proton Holdings Bhd, Rumah Terbuka Hari Raya Proton e.MAS 7 2025, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev