Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal
Auto Terkini

Proton Kekal Momentum Jualan Setiap Bulan, Yakin Atasi Rekod Jualan 2018 Lebih Awal

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON meneruskan momentum prestasi jualan memberangsangkan untuk tahun ini dengan rekod 9,127 unit kereta dijual sepanjang Ogos, mewakili 17.6 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk bulan tersebut.

Rekod tersebut menyumbang kepada pegangan pasaran keseluruhan sebanyak 15.3 peratus, sekali gus menjadikan Proton antara lima jenama automotif yang mencatatkan jumlah pertumbuhan dua angka.

Pengeluar nasional itu kini berada di landasan betul dan dijangka melepasi rekod jualan 2018, 64,744 unit. Setakat Ogos lalu, Proton merekodkan jualan 61,396 unit dengan angka pertumbuhan jualan dijangka kekal hingga hujung tahun ini.

BACA >>> Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam Tempoh 46 Bulan, SUV X70 Kekal Hero !

Proton juga yakin dapat mencapai sasaran jualan tahunan sebelum akhir September ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, Proton mencatatkan pertumbuhan jualan terbaik berbanding lima jenama terkemuka pada tahun ini walaupun TIV menurun 5.8 peratus.

“Pertumbuhan jualan sebanyak 36 peratus menunjukkan Proton berada di landasan betul dengan inisiatif seperti pembukaan lebih banyak cawangan Pusat 3S dan 4S, dan penambahbaikan perkhidmatan pelanggan dan kualiti produk yang ditetapkan untuk tahun ini. Kami yakin akan dapat mengakhiri 2019 dengan kedudukan yang kukuh,” katanya.

BACA >>> Selepas Lebih 3 Tahun, Proton Rampas Semula Takhta Kedua Pengeluar Terlaris Malaysia

TEMPAHAN SAGA LEBIH 10,000 UNIT

Proton Saga (2019) yang dilancarkan 6 Ogos lalu kini sudah mencatatkan tempahan lebih 10,000 unit. Menariknya, 1,000 unit ditempah secara atas talian dengan fi serendah RM9.99. Disebabkan sambutan luar biasa, Proton memutuskan melanjutkan tempoh tempahan atas talian hingga 17 September ini.

BACA >>> Proton Sasar Jual 100k Unit Kereta Tahun Depan, Mahu Jadi Nombor Satu di Malaysia!

2019 proton saga angka jualan proton Auto Terkini harga Proton Saga (2019) jualan Proton Rekod jualan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.