• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Iriz 'Terjah' Indonesia - Harga Bermula RM58K Hingga RM61K

Proton Iriz 'Terjah' Indonesia - Harga Bermula RM58K Hingga RM61K

February 19, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

proton iriz indonesiaPROTON terus mengorak langkah agresif dengan memperkenalkan Proton Iriz di pasaran Indonesia.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, Pengarah Transformasi & Ketua Jualan Antarabangsa Proton, Mohd Khalid Yusof dan Setiausaha Agung Institut Otomotif Indinesia, Yanuarto Widihandono.

Indonesia adalah negara kedua selepas Brunei yang menerima kehadiran Proton Iriz. Bagi pasaran Indonesia, ia ditawarkan dua varian iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard.

BACA >>> Proton Iriz Dinobatkan Kereta Paling Mampu Milik ASEAN Car Of The Year 2016

proton iriz indonesiaHARGA

  • Proton Iriz 1.3L MT Standard - IDR 175,250,000 (RM58,488)
  • Proton Iriz 1.3L CVT Standard - IDR 185,283,000 (RM61,837)

7 WARNA PILIHAN

  • Cotton White
  • Midnight Black
  • Sterling Silver
  • Atlantic Blue
  • Graphite Grey
  • Citrus Green
  • Fire Red

BACA >>> Proton Iriz Edisi Terhad Dengan Penampilan Lebih Menarik, Harga Kekal RM45k - RM49k

proton iriz indonesiaCIRI KESELAMATAN PREMIUM

Menurut Fuaad, Proton Iriz adalah satu-satunya segmen kompak di bawah IDR350 juta yang dilengkapi dengan ciri Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Selain ESC, antara ciri-ciri keselamatan lain yang turut ditawarkan pada Iriz adalah;

  • Traction Control
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Agihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek
  • Hill Hold Assist (HHA)
  • Sistem Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR)

proton iriz indonesia25 PUSAT JUALAN

Sehingga kini, Proton memiliki 25 pusat jualan di mana 24 daripadanya menawarkan perkhidmatan selepas jualan. Antaranya di Pulau Jawa, Kalimantan, Sumatera, Sulawesi dan selebihnya di sekitar daerah Jabodatek.

Selamat maju jaya Proton.

BACA >>> PANDU UJI: Proton Iriz (2014)

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga proton iriz indonesia, Iriz, iriz indonesia, iriz pasaran indonesia, Proton, Proton Iriz, proton iriz indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my