Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton e.MAS 7 Jalani Ujian Intensif di Jalan Raya Malaysia
Auto Terkini

Proton e.MAS 7 Jalani Ujian Intensif di Jalan Raya Malaysia

SyafieBy Syafie13/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (Pro-Net) kini sedang menjalankan ujian intensif terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik, Proton e.MAS 7 bagi memastikan kesesuaian EV itu dengan kondisi jalan raya tempatan.

Pro-Net, yang juga subsidiari penuh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) dalam kenyataan berkata, ujian itu melibatkan enam unit Proton e.MAS 7 yang dipandu pasukan jurutera pakar Proton merentasi semua laluan di Semenanjung Malaysia.

Berikut aspek ujian yang dilakukan:

  • Ujian Ketahanan Adaptif (DAT)
  • Ujian Jalanan Elektrikal (ERT)
  • Ujian Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
  • Ujian Kebolehpercayaan Kualiti (QRT)

Proton e.MAS 7 bukan sekadar EV biasa. Jurutera Proton sudah melaksanakan pelbagai penyesuaian untuk memastikan memenuhi kehendak dan cabaran jalan raya Malaysia.”

“Ujian yang dijalankan termasuk simulasi keadaan lalu lintas di bandar dan luar bandar, mengoptimum sistem navigasi untuk peta jalan raya Malaysia, dan penambahbaikan sistem telekomunikasi bagi memastikan sambungan Internet lancar di kawasan pedalaman dan bandar.”

Sistem ADAS itu diuji dalam pelbagai aspek seperti pemanduan di pusat membeli-belah dan persimpangan jalan bagi memastikan e.MAS 7 dapat beroperasi baik mengikut senario pemanduan harian.

Ujian DAT pula merangkumi pemanduan meredah air dengan kedalaman paras air 400mm, bertujuan memastikan EV ini mampu menghadapi situasi banjir yang sering berlaku di Malaysia.

EV daripada Proton itu juga dijadualkan menjalani akreditasi Asean NCAP bagi membuktikan kenderaan itu mampu mencapai tahap keselamatan tertinggi. Ujian QRT juga akan menilai prestasi brek dan reliabiliti keseluruhan dengan sasaran ujian sejauh 100,000km.

Dengan ujian yang masih berlangsung, kemunculan Proton e.MAS 7 di Malaysia kemungkinan besar tiba dalam waktu terdekat, dan juga dijangka mencetus transformasi besar dan menjadi pemain utama dalam industri EV di Malaysia.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) pro-net Proton e.MAS 7 Proton New Energy Technology (Pro-Net) Ujian Intensif
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
    Auto Terkini

    Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

    04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.