Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Dominasi 5 Segmen Kenderaan Popular Malaysia Sepanjang Jun 2023
Auto Terkini

Proton Dominasi 5 Segmen Kenderaan Popular Malaysia Sepanjang Jun 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencipta rekod baharu dengan jualan terkumpul 77,321 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023, meningkat 28.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang Jun 2023, Proton mencatatkan jualan 14,351 unit kenderaan (domestik dan eksport) yang membolehkan pengeluar nasional itu mendominasi lima segmen kenderaan di Malaysia.

Jumlah jualan industri (TIV) sepanjang Jun dianggarkan 61,900 unit kenderaan penguasaan pelanggan 23.2 peratus. Jumlah pegangan tahunan Proton setakat ini sudah mencapai 21.3 peratus (+3.2 peratus).

PRESTASI MODEL PROTON

Proton Saga

  • Menguasai segmen A dengan jualan 6,111 unit sepanjang Jun 2023.
  • Ini kali ketiga Proton Saga melepasi paras jualan 6,000 unit sebulan tahun ini.
  • Jualan terkumpul Proton Saga setakat ini 33,325 unit.

Proton X90

  • Serahan model Proton X90 menyaksikan peningkatan empat kali ganda sepanjang bulan lalu.
  • Proton X90 mendominasi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D dengan jualan 1,082 unit.

Proton Persona

  • Menduduki tangga teratas sedan segmen-B dengan jualan 2,254 unit.

Proton X50

  • Masih merangkul status SUV paling popular Malaysia sejak Oktober 2020.
  • Jualan mencecah 2,449 unit bulan lalu.
  • Jumlah serahan kenderaan terkumpul tahun ini sudah mencapai 17,562 unit (+9.9 peratus berbanding 2022)

Proton Exora

  • Satu-satunya model kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C yang sukar dicabar pesaing lain.
  • Sebanyak 368 unit dijual sepanjang Jun 2023.

APA KATA CEO PROTON EDAR

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Prestasi Proton separuh pertama 2023 patut diberi perhatian kerana kami mencapai permulaan tahunan terbaik sejak 2012 dan berada di landasan untuk pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut.

“Angka-angka itu menunjukkan permintaan untuk produk kami kekal kukuh walaupun unjuran pengurangan kuasa beli untuk pengguna dan ini terbukti dengan kadar pertumbuhan kami yang mengatasi pasaran keseluruhan lebih tiga kali ganda.

“Ini juga menunjukkan strategi kami menawarkan produk berkualiti tinggi dengan teknologi konektiviti pada harga berbeza membolehkan kami meliputi sebahagian besar pembeli kereta Malaysia.

“Untuk separuh kedua tahun ini, Proton yakin mempunyai produk dan strategi promosi untuk meneruskan trajektori pertumbuhan kami.

“Kami juga akan melaksanakan rancangan mengemas kini barisan kami, melancarkan kemasukan kami ke pasaran kenderaan elektrik (EV) Malaysia dengan PRO-NET dan meningkatkan lagi kualiti produk melalui pelaburan yang diumumkan tahun ini untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran.”

autoterkini Geely Auto Jualan Proton Jun 2023 pro-net Proton proton exora Proton Saga Proton X90
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

    01/04/2026
    Lepas L4 tayang di BIMS 2026
    Roda4

    #BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.