• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Beri Penjelasan Video Tular X90 Terbakar, Bukan Sebab Bateri Meletup!

Proton Beri Penjelasan Video Tular X90 Terbakar, Bukan Sebab Bateri Meletup!

August 23, 2023 By Shawkath 1 Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KECOH satu video tular insiden kabin belakang Proton X90 terbakar di media sosial yang menjadi isu hangat dalam kalangan netizen tempatan sejak beberapa hari lalu.

Malah ada netizen mendakwa kepulan asap putih yang menyelubungi ruang kabin kenderaan utiliti sukan (SUV) itu  berpunca daripada letupan bateri hibrid. Benarkah?

Susulan itu, Proton tampil menjelaskan insiden klip video tular tersebut dengan menyatakan pihaknya sedia maklum mengenai kejadian tersebut dan unit Proton X90 terbakar itu kini berada dalam simpanan mereka.

Pengeluar itu turut menjelaskan siasatan teliti sedang dilakukan dan Proton akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca insiden kebakaran berkenaan.

Proton berkata;

Kami juga ingin menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan bateri hibrid ringan (48v) Proton X90. Kami memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama untuk mengelak daripada terlibat dalam perbincangan spekulatif dan ingin menekankan siasatan masih diteruskan.

"Di Proton, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan kami dan kami ingin memberi keyakinan kepada pengguna semua model Proton bahawa kenderaan mereka dihasilkan untuk memenuhi piawaian tertinggi.

"Setiap unit akan menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan ketat sebelum dihantar kepada pelanggan kami yang dihargai."

Artikel Berkaitan

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Proton, Proton X90, Proton X90 Terbakar, Roda4

Comments

  1. Proton says

    September 1, 2023 at 3:53 PM

    Penjelasan Proton memang penting untuk faham apa yang terjadi. Baguslah diorang tengah selidik elok-elok, dan kita rasa lega bila Proton kata kebakaran bukan sebab bateri hibrid. Keselamatan kenderaan kita semua adalah keutamaan, dan kita yakin Proton akan jaga perkara tersebut.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
    Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
  • Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
    Kedah Jadi Negeri Pertama Ada Jalan ‘Glow in The Dark’ di Malaysia
  • Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
    Video Hujan dalam Kabin Pesawat Air India
  • JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan
    JPJ Keluar Lebih 122k Saman Tidak Sampai Sebulan

PANDU UJI

#PanduUji: Audi RS e-tron GT yang Fiil Tak Macam Bawa EV!

AUDI Malaysia bulan lalu mengadakan sesi pandu uji model elektrik Audi … [Baca Lagi...]

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my