• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Akan Hasilkan 60,000 Perisai Muka untuk Petugas Barisan Hadapan

Proton Akan Hasilkan 60,000 Perisai Muka untuk Petugas Barisan Hadapan

April 13, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini, Proton menyediakan 50 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memudahkan urusan pergerakan petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus membendung penularan wabak Covid-19.

Terbaharu, Proton sekali lagi turut serta dalam usaha membantu dan menyokong barisan hadapan menerusi penghasilan perisai muka iaitu antara komponen penting dalam sut peralatan perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan.

Proton mensasarkan menghasilkan 60,000 perisai muka dalam tempoh 20 hari. Operasi pengeluaran dijangka bermula 13 April ini di ibu pejabat Proton, Shah Alam yang mana peralatan dihasilkan kakitangan syarikat secara sukarela.

BACA >>> Covid-19: TATIUC Hasilkan Mesin Nyah Kuman 3 Saat untuk Petugas, Orang Awam

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed berkata,

Sebagai jenama automotif nasional, usaha Proton ini didorong tanggungjawab untuk membangunkan industri kereta tempatan dan menyokong negara dan rakyat Malaysia sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan. Syarikat mempunyai kepakaran menghasilkan kereta, jadi kami guna kelebihan itu untuk menghasilkan peralatan PPE.

"Pelindung muka yang dihasilkan akan dihantar secara berperingkat dan kami akan bekerjasama rapat dengan Kementerian untuk mengedarkan peralatan tersebut mengikut tahap keperluan setiap daerah."

Bagi memastikan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi, Proton mengehadkan jumlah kakitangan yang terlibat dalam proses pengeluaran selain melakukan penjarakan sosial dan proses sanitasi setiap masa di kawasan pengeluaran komponen tersebut.

BACA >>> Covid-19: Proton Lanjut Waranti Kereta 1,000km atau 30 Hari Selepas PKP

Proton Face Shield_Covid-19_1
Proton Face Shield_Covid-19_2
Proton Face Shield_Covid-19_3
Proton Face Shield_Covid-19_4
Proton Face Shield_Covid-19_6
Proton Face Shield_Covid-19_5
Proton Face Shield_Covid-19_7

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Bantuan Covid-19, Covid-19, Datuk Radzaif Mohamed, kualiti proton, Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), Perisai Muka, Proton, topeng muka, virus covid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my