Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Projek ECRL Siap 48 Peratus
Auto Terkini

Projek ECRL Siap 48 Peratus

Han OthmanBy Han Othman25/08/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERJA pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencapai kemajuan 48.77 peratus setakat ini, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ketua Setiausaha Negara itu juga berkata, perkembangan tersebut selaras pembangunan projek itu dari Kota Bharu, Kelantan hingga Terminal Bersepadu Gombak, Selangor yang dijangka siap pada Disember 2026, sekali gus membolehkan perkhidmatan ECRL beroperasi pada Januari 2027.

Saya ingin memaklumkan juga kadar kemajuan yang memberangsangkan bagi projek ini bukan saja tertumpu kepada kerja infrastruktur dan pembinaan projek mega itu, malah meliputi penglibatan syarikat tempatan dalam pelaksanaan ECRL.

“Projek ini menyaksikan penglibatan lebih kurang 2,700 syarikat tempatan yang terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dari 2017 hingga suku pertama tahun ini.

“Nilai kontrak yang melibatkan syarikat tempatan dalam kerja projek ECRL mencecah sekitar RM12 bilion, sekali gus mengatasi sasaran RM10.8 billion yang disasarkan bagi kerja sivil projek ini,” katanya.

Mohd Zuki berkata, bagi penglibatan kontraktor Bumiputera pula, RM2.3 bilion atau 66 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion kerja sivil ECRL sudah diberikan kepada subkontraktor dan pembekal Bumiputera.

Beliau berkata, kerja pembinaan projek pengangkutan nasional itu sedang giat dijalankan melibatkan lebih 21,000 tenaga kerja di lebih 1,600 tapak kerja sepanjang jajaran.

Mengenai pembinaan terowong di Kampung Gedung Siam 3, Maran, Pahang sepanjang 1.32km yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2024, Mohd Zuki berkata berjaya dilaksanakan mengikut jadual menggunakan kaedah penggerudian dan letupan.

Dengan purata ketinggian 13.47 meter dan kelebaran 13.02 meter, terowong itu dibina bagi membolehkan laluan kereta api ECRL memenuhi tahap maksimum kecerunan 0.74 peratus serta bagi tujuan mengelakkan penebangan terbuka di kawasan kampung.

Sehingga kini, kerja-kerja pengorekan 25 daripada 40 terowong yang ditetapkan dalam pembinaan ECRL berjaya ditembusi, termasuk 21 terowong di Seksyen A (Kota Bharu – Dungun) dan Seksyen B (Dungun – Mentakab), manakala empat di Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang).

Selain itu, beliau memaklumkan pemasangan jambatan bagi lima lokasi di jajaran ECRL Seksyen A dan Seksyen B sudah dilaksanakan sepenuhnya.

Projek ECRL merangkumi rangkaian rel sepanjang 665km merentasi negeri Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Mohd Zuki Ali
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.