• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anthony Loke: Projek ECRL Sudah Capai Lebih 56 Peratus

Anthony Loke: Projek ECRL Sudah Capai Lebih 56 Peratus

December 11, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kadar kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencapai lebih 56 peratus setakat November lalu.

Beliau berkata, kemajuan projek mega itu selari jadual projek dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026 yang mana ECRL dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.

Tahun 2023 juga ialah tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL memasuki fasa baharu pembinaan sejak awal tahun ini, merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen dan pembinaan depot kereta api.

"Tidak lama lagi kemajuan Projek ECRL juga akan melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo.

Loke berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 Gebeng, Kuantan, Pahang, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis itu bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, Loke berkata, penduduk di Pantai Timur akan menikmati lembaran baharu sistem pengangkutan negara yang antara lain membolehkan warga Kuantan tiba di Kuala Lumpur dalam masa satu setengah jam berbanding tiga jam di jalan raya.

SUMBER: BERNAMA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, ECRL, Kerata api, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Menteri Pengangkutan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
    MODA Shifter 400X (2023), Skuter Maksi dengan Dashcam, TCS Bakal Jadi Produk CKD?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev