• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Volkswagen Tiguan (2014)

PREVIU: Volkswagen Tiguan (2014)

June 6, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

tn0537-1280x1024

VOLKSWAGEN Group Malaysia (VGM) menawarkan lebih banyak pilihan buat pelanggannya menerusi pengenalan Tiguan 1.4 2WD yang menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan.

SUV kompak yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman kini sudah boleh didapati di semua pengedar Volkswagen di Semenanjung Malaysia.

Hasil gabungan antara inovasi dan prestasi, Tiguan memiliki rekabentuk yang sporty, praktikal dan versatil. Pada masa sama, ia adalah lebih selamat dan tahan lasak.

42-38653673

LUARAN – Pilihan Tech Pack

Bagi meningkatkan lagi pengalaman para pelanggannya, ciri tambahan Tech Pack menawarkan lebih banyak inovasi. Tampil dengan gaya signatur, Tiguan mudah dikenali dengan kehadiran gril radiator berwarna krom, lampu utama bi-xenon u bersama lampu nyalaan siang LED (Tech Pack),lampu kabus dan cermin sisi boleh lipat secara elektrik dan boleh dipanaskan (Tech Pack).

Untuk tampak lebih elegan dan agresif, ia diserlahkan menerusi rim aloi ‘Boston’ bersaiz 17 inci dan roof rail berwarna perak. Bukan itu sahaja, lampu keliling, kaca penebat haba, alat pengesan hujan dan parkir belakang, di samping penampilannya yang lebih lebar dan rendah memberikan Tiguan profail yang lebih tajam.

tn0535-1280x1024

DALAMAN – Penuh Inovasi

Tiguan menjanjikan keselesaan dan sarat dengan pelbagai ciri inovatif. Dengan tempat duduk ‘Milan’ Alcantara, Tiguan hadir bersama brek parkir elektrik binaan dalam bersama ciri auto-hold, tuil gear dibalut kulit dan cermin pandang belakang anti-silau automatik.

Antara ciri lain; tempat duduk belakang boleh dilipat, meja boleh lipat untuk tempat duduk hadapan, perehat tangan hadapan boleh laras, tempat duduk hadapan boleh laras, sistem tempat duduk boleh ubah dan lapan unit pembesar suara.

Selain itu, ia juga dilengkapi kamera pandang belakang, ‘Rear Assist’, pendingin hawa automatik ‘Climatronic’, sistem audio RCD510 bersama skrin sentuh berwarna, ciri pemain MP3 dan enam penukar cakera padat selain stereng yang dibalut kulit.

tn0538-1280x1024

PRESTASI – Menawarkan Pengalaman Pemanduan Terbaik

Berpegang kepada tagline Terokai Kehidupan (Explore Life), Tiguan menggabungkan prestasi luar biasa dengan penjimatan bahan api dan inovasi. Ini membolehkan pemandu memperolehi pengalaman terbaik ketika memandu sama ada di kawasan bandar mahupun laluan terbuka. Sehingga kini, Tiguan sudah terjual hampir 600,000 unit di seluruh dunia semenjak ia dilancarkan pada 2007.

Tiguan dilengkapi enjin petrol bersesaran 1.4L TSI bersama sistem pengecas turbo berkembar dan pancitan bahan api. Dipadankan dengan kotak gear DSG 6-kelajuan, ia menawarkan prestasi mengujakan.

Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 158hp dan tork maksimum 240Nm. Dari statik hingga 100km/j, ia hanya mengambil masa sekitar 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 198kmj.

Menyentuh penjimatan bahan api, Tiguan memiliki rating penggunaan gabungan bahan api yang mengagumkan iaitu 7.1L per 100km. Hasil gabungan teknologi TSI dan DSG menempatkan Tiguan sebagai peneraju dalam kelasnya dari aspek penjimatan bahan api – membolehkan pemandu memandu sejauh 14.1km untuk setiap liter petrol.

Tiguan didatangkan dalam lima pilihan warna: putih (Pure White), perak (Reflex Silver), Titanium Beige, kelabu (Pepper Grey) dan coklat (Toffee Brown). Ia ditawarkan pada harga RM178,888 manakala pilihan Tech Pack berharga RM188,888.

SPESIFIKASI

ENJIN 1.4L TSI
TRANSMISI DSG 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 158hp
TORK MAKSIMUM 240Nm
0-100KMJ 8.9 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 198kmj
CIRI 6 beg udara, Rest Assist, ESC dan penggera Anti-Curi
HARGA RM178,888 / RM188,888 (Tech Pack)

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: DSG, Tech Pack, Tiguan, Tiguan 1.4 2WD, TSI, VGM, Volkswagen, Volkswagen Group Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my