• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Volkswagen Jetta Edisi Terhad (2015) – Hanya 500 Unit

PREVIU: Volkswagen Jetta Edisi Terhad (2015) - Hanya 500 Unit

May 8, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.comNAMPAKNYA Volkswagen Malaysia semakin agresif mengorak langkah menembusi pasaran automotif negara apabila memperkenalkan Volkswagen Jetta Edisi Terhad dengan beberapa penambahbaikan.

Langkah positif itu menunjukkan pengeluar kenderaan Jerman itu semakin kuat mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai segmen yang mahukan setiap orang memiliki kenderaan kejuruteraan Jerman.

Hanya terhad sebanyak 500 unit, model Jetta Edisi Terhad ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Club dan Sport Edition.

HARGA:

  • Volkswagen Jetta Club Edition - RM122,888
  • Volkswagen Jetta Sport Edition - RM132,888

WARNA PILIHAN:

  • Putih (Candy White)
  • Perak (Reflex Silver)
  • Kelabu (Platinum Grey)
  • Hitam (Deep Black)

Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com

Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com

APA YANG ADA?

Dari aspek rekabentuk, kedua-dua varian ini tampak hampir sama tetapi Sport Edition lebih macho dan mantap. Berikut adalah perbezaan antara kedua-dua varian ini;

VOLKSWAGEN JETTA CLUB EDITION

Sekiranya memilih varian ini, ia didatangkan dengan cermin tingkap filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan sistem audio bersama navigasi.

VOLKSWAGEN JETTA SPORT EDITION

Dengan tambahan harga sebanyak RM10,000 berbanding Club Edition, varian ini hadir dengan Volkswagen Zubehör Aerokit asli. Ia merangkumi spoiler hadapan, sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler pada bahagian but belakang. lebih agresif, rim aloi SILEX bersaiz 17 inci yang dibalut tayar Goodyear Assurance TripleMax turut disematkan. Manakala cermin tingkap masih sama iaitu dengan filem keselamatan ECOTINT SafetyShield dan unit multimedia bersama sistem navigasi.

Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com

ENJIN KEKAL

Hadir bersama enam beg udara, Jetta Edisi Terhad dijana enjin petrol suntikan terus bersama sistem pengecas berkembar TSI bersesaran 1.4L. Hasil padanan kotak gear anjakan terus 7-kelajuan, Jetta mampu menghamburkan kuasa 158hp dan tork 240Nm (1,500-4,500rpm), menjadikan sedan ini antara kenderaan paling berkuasa dalam kelas dengan kelajuan maksimum 221kmj, pecutan statik hingga 100kmj hanya mengambil masa sekitar 8.3 saat.

Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai serbu bilik pameran Volkswagen berdekatan untuk melihat dengan lebih dekat.

Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.comS
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com
Volkswagen Jetta Edisi Terhad - www.pandulaju.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Armin Keller, Volkswagen Group Malaysia, Volkswagen Jetta, Volkswagen Jetta Club Edition, Volkswagen Jetta Edisi Terhad, Volkswagen Jetta Sport Edition, Volkswagen Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my