• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Toyota Vios 2015

PREVIU: Toyota Vios 2015

January 13, 2015 By Admin Leave a Comment

134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Vios 1.5E Variant 2015MEMAHAMI keperluan setelah menerima maklum balas yang diterima daripada pengguna, UMW Toyota Motor kini memperkenalkan Toyota Vios 2015 versi dipertingkatkan (facelift).

Menerusi pengenalan model penambahbaikan segmen-B itu, ia pasti memberi nilai tambah buat pelanggannya sekali gus mengekalkan posisinya menjadi antara model terlaris Toyota yang mrnjadi pilihan ramai.

Vios masih kekal dalam empat varian sedia ada iaitu 1.5G, 1.5E, 1.5J dan 1.5 TRD Sportivo, kesemuanya menerima peningkatan daripada beberapa aspek. Biarpun tidaklah terlalu banyak penambahbaikan dilakukan, namun ia tetap signifikan.

Berbanding Vios versi terdahulu, varian 1.5E dan 1.5J kini dilengkapi dengan sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin. Begitu juga varian TRD Sportivo yang turut memiliki ciri yang sama.

Vios 1.5E and Vios 1.5J nowcomes with Smart Entry and Push Start SystemBagi Vios varian 1.5G pula, ia didatangkan dengan kemasan dalaman berwarna hitam (sebelum ini warna kuning air) selain penambahan pencahayaan pada bahagian kaki berwarna biru.

Turut tidak ketinggalan, varian 1.5 TRD Sportivo juga menerima sentuhan segar dengan penambahan pencahayaan pada bahagian kaki berwarna ambar, perlindungan tambahan pada bahagian sisi tempat duduk.

Dalam pada itu, penambahbaikan turut dilakukan pada sistem infotainmen dengan pemasangan sistem DVD-AVN skrin sentuh bersaiz tujuh inci bersama kamera undur. Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar bersama Internet, WiFi, HDMI, Bluetooth dan Voice Recognation.

New Optional DVD-AVNPembeli turut diberikan pilihan kedua bagi sistem infotaimen iaitu dengan skrin paparan bersazi 6.1 inci (sebelum ini 5.8 inci) bersama sistem DVD-AVX, sambungan USb, SD, AUX, Bluetooth serta kamera undur.

Aspek mekanikal, Vios 2015 masih mengekalkan janaan kuasa enjin 1.5L VVT-i dengan padanan transmisi 4-kelajuan Super ECT yang menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api selain mengekalkan prestasi pemanduan yang diinginkan.

Sementara itu, UMW Toyota turut menawarkan pilihan aksesori tambahan seperti Toyota Premium Security & Solar Film bagi varian 1.5E dan 1.5J seperti mana yang merupakan aksesori standard bagi Vios 1.5G dan 1.5 TRD Sportivo.

Vios 1.5G with black interior and blue front foot illuminationSekiranya anda mahukan Vios yang lebih sporty dan menarik turut diberikan pilihan untuk memasang 5-pieces Aerokit dengan lampu nyalaan siang.

Vios 2015 ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik; White, Silver Metallic, Medium Silver Metallic, Attitude Black, dan Quartz Brown Metallic,

Kesemua varian didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km had perbatuan (yang mana tiba dahulu). Harga atas jalan bagi kesemua model adalah seperti berikut:

 HARGA ATAS JALAN TOYOTA VIOS 2015 (SEMENANJUNG MALAYSIA)

Varian Harga 
TOYOTA VIOS 1.5 TRD SPORTIVORM94,800
TOYOTA VIOS 1.5GRM89,990
TOYOTA VIOS 1.5ERM84,300
TOYOTA VIOS 1.5J (AUTO)RM78,800
TOYOTA VIOS 1.5J (MANUAL)RM74,700
134
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Pandu Uji Toyota Vios 2015, Preview Toyota Vios 2015, Test Drive Toyota Vios 2015, Toyota Vios 1.5 TRS Sportivo, Toyota Vios 1.5E, Toyota Vios 1.5G, Toyota Vios 1.5J, Toyota Vios 2015, Toyota Vios Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my