• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Toyota Hilux TRD SPORTIVO (2015)

PREVIU: Toyota Hilux TRD SPORTIVO (2015)

January 9, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

v1 Hilux TRD SportivoUMW Toyota Motor membuka tirai 2015 dengan memperkenalkan varian baharu bagi segmen trak pikapnya, Toyota Hilux versi TRD Sportivo dengan penampilan lebih segar dan berani.

Toyota Hilux TRD Sportivo ditawarkan dalam dua varian yang masing-masing dijana unit enjin bersesaran 2.5L dan 3.0L serta dipadankan dengan transmisi automatik.

SPORTY

Kedua-duanya didatangkan dengan bodykit TRD, spoiler bampar hadapan TRD dan rim aloi berwarna hitam.

Memasuki ruang kabin pula, ia menerima pembaharuan menerusi tempat duduk dibaluti kulit, kemasan gentian karbon pada panel instrumen dan perehat tangan selain dilengkapi pelapik lantai TRD yang menjadi ia tampak lebih menarik.

NAIK TARAF

Pada masa sama, UMW Toyota turut melakukan penambahbaikan terhadap varian Hilux sedia ada dengan penampilan wajah lebih premium.

Antara sentuhan yang diberikan meliputi kehadiran lampu DRL, kemasan dalaman dengan material tempat duduk baharu dan rim aloi berwarna kelabu gelap. Bagi membezakan identitinya, Hilux 2015 ini boleh dikenali dengan pelekat badan baharu.

Lebih menarik, kesemua varian turut dipasangkan dengan filem solar keselamatan premium yang mengikuti spesifikasi Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ). Selain itu, pembeli diberikan pilihan untuk memilih palang sport belakang yang boleh dibeli secara berasingan.

Sebagai maklum balas kepada permintaan pelanggan, UMW Toyota kini menyediakan kunci tambahan untuk tayar simpanan pada semua varian Hilux. Dengan itu, ia dapat menghalang daripada tayar gantian daripada dicuri.

Harga bagi Toyota Hilux keluaran 2015 dijual bermula RM77,248.20 sehingga RM112,967. Kesemua model hadir dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu).

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Hilux 2015, Pandu uji Toyota Hilux 2015, Preview Toyota Hilux 2015, Previu Toyota Hilux 2015, Toyota Hilux 2015, Toyota Hilux 2015 dilancarkan, Toyota Hilux TRD Sportivo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
    Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
    Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my