• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Peugeot 5008 (2014)

PREVIU: Peugeot 5008 (2014)

May 23, 2014 By admin.pandulaju 1 Comment

FacebookTwitter

5008 MPV launch008_1308tc001008_1308tc002

SERENTAK pelancaran pusat 3S Johor Bahru, Nasim Sdn Bhd turut memperkenalkan model MPV terbaharu, Peugeot 5008 yang dijual pada harga RM159,888.

Hadir dengan rekaan yang lebih segar, MPv tujuh tempat duduk itu menawarkan aspek keselesaan, teknologi terkini dan keselamatan. Peugeot 5008 dilengkapi dengan sistem lampu canggih Bi-Xenon selain kehadiran paparan ‘Head Up Display’ (HUD) yang memberikan maklumat seperti bacaan kelajuan kepada pemandu.

Penumpang belakang pula boleh menikmati keseronokan dengan kehadiran dua skrin LCD bersaiz tujuh inci yang terletak di belakang. Bumbung panorama bersaiz besar membuatkan ruang kabin tampak lebih luas

Sekiranya pemandu inginkan ruang yang lebih besar, kerusi pada bahagian kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya yang mampu menawarkan sehingga 2,506L ruang kargo.

5008 turut didatangkan dengan teknologi Peugeot Park Assist dengan sistem Available Space Measurement (ASM) bagi membantu pemandu meletak kenderaan melalui unit sensor di hadapan dan belakang. Bagi memudahkan lagi pemandu, kamera undur bersama sistem navigasi turut tersedia.

008_1308tc003008_1308tc012008_1308tc0100

008_1308tc0111008_1308tc0109 008_1308tc0108 008_1308tc0101

ENJIN KEKAL

5008 masih mengekalkan enjin sama seperti model terdahulu. Ia dijana dengan unit enjin 1.6L dengan sistem Turbo Tatal Berkembar Tekanan Tinggi (Twin Scroll Turbo High Pressure).

Hasil padanan kotak gear automatik 6-kelajuan, 5008 mampu menghamburkan kuasa sehingga [email protected],000rpm dan tork 240Nm(1,400-4,250rpm).

Tanpa berkrompomi aspek keselamatan, 5008 telah mendapat pengiktirafan 5-bintang daripada Euro NCAP. Ia hadir dengan enam beg udara, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC), Bantuan Mula Daki, ISOFIX dan Regulasi Anti-Gelincir (ASR).

Didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, 5008 hadir dalam lima pilihan warna menarik;Rich Oak, Bourrasque Blue, Artense Grey, Pearl White and Shark Grey.

Kesemua pelanggan Peugeot boleh menikmati perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim selain akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya. Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, layari https://www.peugeot.com.my.

008_1308tc004008_1308tc005

SPESIFIKASI

ENJIN 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM [email protected],000rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],400-4,250rpm
HARGA RM159,888

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nasim, Nasim Sdn Bhd, Peugeot 5008

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
    #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
  • Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
    Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
  • GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
    GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
  • Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'
    Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my