Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Nissan Sylphy (2014)
Roda4

PREVIU: Nissan Sylphy (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/05/20141 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Group 1

ADA lima perkara yang perlu anda tahu mengenai Nissan Sylphy berbanding generasi terdahlu. Pertama, Sylphy adalah model serba baharu dan bukan versi dipertingkatkan (facelift). Kedua, Sylphy menawrekan ciri keselamatan lebih baik dan ruang dalaman dilengkapi keselesaan pemanduan.

Sylphy adalah model import sepenuhnya (CBU) dari Thailand, dan bukan lagi versi pemasangan tempatan (CKD) di kilang Segambut seperti mana versi terdahulu. Malangnya, jentera ini hanya dikuasakan unit enjin 1.8L serba baharu.

DUA VARIAN

Sudahpun dilancarkan baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan Sylphy generasi ketiga dalam dua varian, 1.8E dan 1.8VL (berbeza spesifikasi dan aksesori).

Mula diperkenalkan 2008, Sylphy antara model global utama Nissan yang memasuki pasaran 120 negara, termasuk Jepun, China, Thailand dan Australia (dengan kod nama Pulsar) serta Amerika Syarikat (Sentra).

pic-11-launch-of-the-all_new-sylphy_cayenne-red pic-16b_all-new-nissan-sylphy_diamond-white

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, pihaknya berbangga memperkenalkan Nissan Sylphy serba baharu kepada pengguna yang dibina menggunakan platform dan rekabentuk serba baharu.

“Dengan menggabungkan rekaan premium, keselesaan, keluasan ruang dan ciri keselamatan terbaik dalam segmennya, kami percaya Sylphy mampu menawarkan lebih pilihan kepada pengguna.

“Sedan ini menawarkan proposisi unik yang melangkaui segmen C dari segi kecantikan dan ciri mendahului kelas ketika melangkah kepada skala lebih premium,” katanya.

ENJIN 1.8L TWIN CVTC

Sylphy terdahulu dijana enjin bersesaran 2.0L, tetapi sedan generasi ketiga ini hanya dikuasakan kod enjin MRA8DE 1.8L dengan teknologi Kawalan Pemasa Injap Variabel Berterusan Berkembar (Twin CVTC). Alasannya, enjin Nissan serba baharu ini lebih efisien, kompak dan ringan yang secara tidak langsung menjimatkan penggunaan bahan api.

Padanan kotak gear XTRONIC CVT menghasilkan kuasa 129hp pada 6,000rpm dan tork, 174Nm (3,600rpm) dengan penjimatan bahan api 15.6km per liter.

Pic 9_Launch of the All-New Nissan Sylphy

28-all-new-sylphy-led-accentuated-headlamp 18-all_new-sylphy 23-all_new-sylphy-twin-cvtc-engine 27-all-new-sylphy-horseshoe-shape-rear-led-lights

AERODINAMIK & SPORTY

Sosok badan Sylphy didatangkan dengan gril hadapan bersepadu tiga dimensi berkrom sebagai signatur Nissan dan enam lampu utama LED. Garis karakter bergerak dari lekuk dapra hadapan hingga lampu belakang yang menampilkan rekabentuk ladam kuda besar bersama lampu LED.

Rekaan badan aerodinamik menawarkan halangan udara rendah dan mengoptimumkan laluan angin di bawah kenderaan untuk mencapai kadar pekali seretan (CoD) 0.29 yang pastinya menjanjikan ekstra penjimatan.

Berbanding 1.8E, varian 1.8VL memiliki penambahan ciri seperti sistem entri tanpa kunci dengan butang Start/Stop, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang. Varian 1.8VL juga dipadankan rim aloi 17-inci, manakala 1.8E (16-inci).

07a All_New Sylphy_Interior

13 All_New Sylphy_Player 12 All_New Sylphy_Navigator 11 All_New Sylphy Sterring Wheel 07 All_New Sylphy_Interior

Rekaan kabin mengekspresikan efek dinamik dan premium. Keselesaan ruang dalaman ditingkatkan dengan menambah 30mm ruang bahu dan 680mm ruang kaki selain ekstra kapasiti kargo hingga 510L. Sylphy turut menawarkan pengalaman pemanduan selesa dan senyap dengan mengurangkan kesan bising, getar dan kasar (NVH).

KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Aspek keselamatan, Sylphy mendapat pengiktirafan ANCAP 5-bintang. Antara ciri keselamatan premium ditawarkan adalah enam beg udara SRS, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) bersama Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan Bantuan Brek (BA) yang menjadikan sedan ini antara terbaik dalam kelas.

Bersama jaminan tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu), varian 1.8L berharga RM111,900, manakala 1,8VL, RM121,900, tidak termasuk insurans. Terdapat lima pilihan warna menarik, Cayenne Red (merah), Brilliant Silver (perak), Premium Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Diamond White (putih).

SPESIFIKASI
ENJIN MRA8DE 1.8L Twin CVTC
KUASA MAKSIMUM 129hp@6,000rpm 
TORK MAKSIMUM 174Nm@3,600rpm
CIRI ABS, VDC, TCS, BA, 6 Beg Udara SRS, Paparan Multi-Maklumat (MID), penyaman udara automatik dan ventilator belakang
HARGA: RM111,900 (1.8V) | RM121,900 (1.8VL) – tidak termasuk insurans

P1190719 P1190712

PAKEJ AKSESORI

BARANGAN HARGA (RM)
Visor Pintu320
Trunk Tray200
Plat Kaki LED400
Pedal Sport200

Navigasi Multimedia – Skrin Sentuh Navigasi 2-DIN 6.5 inci – Monitor Pandang Belakang Automatik – Muzik & Video melalui kad SD, USB & Bluetooth – Muat Turun Phonebook, Pengecas USB & Audio – Kawalan iPod/iPhone

3,300
PAKEJ NAVIGASI – Navigasi Multimedia 6.5 inci – Visor Pintu – Sport Pedal – Trunk Tray – Plat Kaki Besi Tahan Karat LED3,800
CERMIN GELAPHARGA (RM)
V-Kool3,100
Solar Gard Armorcoat1,600
Solar Gard1,400

 

1.8E 1.8VL Continuously Variable Valve Timing Control Edaran Tan Chong Motor ETCM Generasi Ketiga Kompak MRA8DE 1.8L Twin CVTC Nissan Sylphy Pulsar Segmen C Sentra
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    09/06/2026
    Auto Terkini

    Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

    09/06/2026
    Volkswagen GTI Roadster Vision GT 2027
    Roda4

    Volkswagen GTI Roadster Vision GT Kembali Jadi Tumpuan

    09/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.