• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Kia Rio 5-Pintu Facelift - RM79,080

PREVIU: Kia Rio 5-Pintu Facelift - RM79,080

May 13, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Rio 5-Door (Front)NAZA Kia Malaysia melancarkan Kia Rio 5-pintu versi dipertingkat (facelift) dengan menampilkan rekaan yang lebih segar setelah menerima beberapa penambahan luaran dan dalaman.

Lebih menarik, harga Rio facelift ini kekal seperti model terdahulu biarpun menerima penambahan ciri selain pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

HARGA: (termasuk insurans dan GST)

  • Kia Rio 5-pintu – RM79,080

JAMINAN:

  • Lima tahun tanpa had perbatuan

4 WARNA PILIHAN:

  • Deep Blue, Signal Red, Clear White dan Bright Silver.

LUARAN:

Rio facelift ini hadir dengan rekaan yang lebih lebar. Ia dipadankan dengan gri lebih luas bagi kemasukan udara dan ‘matte silver bars’ pada bingkai lampu kabus hadapan menampakkan ciri bentuk yang lebih tegap.

Begitu juga rekaan pada bahagian belakang tampak elegan dengan reflektor yang diubahsuai. Lebih tampak garang, ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci.

Sama seperti model Kia yang lain, ia masih mengekalkan identiti Kia dengan mengetengahkan ‘Tiger Nose’ selain kehadiran lampu LED nyalaan siang. Lampu kabus hadapan jenis projector baharu turut direndahkan supaya cahaya dapat menembusi kabus secara maksimum.Rio 5-Door (Rear)

DALAMAN:

Ruangan dalaman turut menerima penambahbaikan menerusi kemasan hitam pada ‘centre fascia’ dan konsol gear. Konsep ini menjurus kepada falsafah korporat rekaan dalaman Kia dengan karakter panel instrumen mendatar yang lebih sempurna dan mudah dikendalikan.

Antara penambahbaikan lain adalah seperti sistem audio dengan enam pembesar suara yang direka menjadi lebih ringkas, stereng teleskopik dengan kawalan audio dan butang penghidup enjin.

ENJIN:

Aspek mekanikal masih sama iaitu dikuasakan dengan enjin Gamma 1.4L MPI DOHC CVVT bersama transmisi automatik 4-kelajuan yang mampu menghasilkan 107hp dan 137Nm.

KESELAMATAN:

Kia Rio facelift dilengkapi dengan Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Brek Elektronik(EBD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Bantuan Brek (BAS), Pengesan Ruang Parkir Belakang, Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC) dan ISOFIX.Print

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Facelift, Kia Rio, Naza, Naza Kia Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
    Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
  • JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
    JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
  • Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
    Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
  • 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
    8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my