Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Infiniti Q70 (2015)
Roda4

PREVIU: Infiniti Q70 (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Infiniti Q70 - Pandulaju.comINFINITI Q70 adalah sebuah sedan yang menggabungkan antara prestasi dan keselesaan pengendalian selain mengutamakan keselesaan.

Ia merangkumi semua ciri inti pati Infiniti dari segi gaya, prestasi, kemewahan, kehalusan pembinaan dan teknologi.

HARGA:

  • Infiniti Q70 2.5L : RM295,000
  • Infiniti Q70 3.7L : RM375,000
  • Infiniti Q70 3.5L Hibrid : RM420,000

LUARAN:

Melihat penampilan Q70, ia tampak berbeza dengan sedan mewah pesaingnya yang lain. Rekaan uniknya diserlahkan dengan lampu depan LED, rekaan signatur dwi lengkung hadapan berserta gril dengan alunan corak gelombang, bampar depan sport dan lampu kabus LED bersepadu.

Infiniti Q70 - Pandulaju.comManakala bahagian belakang pula menampilkan kombinasi lampu LED bersama bonet dengan kemasan krom. Melengkapkan imej prestasi, bampar belakang dipadankan dengan dwi ekzos yang besar dan penampilan moonroof kaca gelap yang dibuka/ditutup dengan satu sentuhan.

DALAMAN:

Ciri unik dan mewah itu diteruskan ke bahagian kabin menerusi pilihan material kemasan kayu White Ash berkilat bersama kemasan perak. Antara ciri baharu lain yang ada pada Q70 adalah kerusi kemasan kulit, kawalan pendingin hawa automatik, bersamaan dengan sistem peringatan dua penumpang untuk tempat duduk pemandu, roda stereng dan cermin sisi yang boleh dipautkan dengan kunci pintar individu.

Infiniti Q70 - Pandulaju.comLebih menarik, bagi ketenangan penumpang dalam kabin pihak Infiniti melengkapkan Q70 dengan Kawalan Bunyi Aktif yang menjana bunyi “pembatalan” dari empat pembesar suara di tepi pintu untuk mengurangkan bunyi harmonik enjin. Tahap bunyi dalam kabin dikawal oleh dua mikrofon yang terletak di bumbung kereta Q70.

Bagi sistem hiburan, Q70 dilengkapi dengan Sistem Audio Premium BOSE iaitu 10 unit pembesar suara Neodymium yang ringan dan berkuasa tinggi untuk menghasilkan kualiti bunyi yang menyeluruh.

Infiniti Q70 - Pandulaju.comPRESTASI:

Q70 didatangkan dengan tiga varian iaitu 2.5L, 3.7L dan 3.5L Hibrid. Bagi model 2.5L, ia dilengkapi enjin V6 serba baharu yang menghasilkan kuasa 218hp dan tork 253Nm serta dipadankan dengan CVTCS (Continuosly Variable Valve Timing Control System).

Sementara enjin 3.7L V6 Q70 pula dilengkapi dengan sistem VVEL (Variable Valve Event & Lift). Sistem VVEL menggabungkan hydraulic-controlled variable valve timing dengan electronically controlled variable valve lift di bahagian pengambilan untuk membantu meningkatkan prestasi dan tindak balas. Enjin V6 Q70 3.7L mampu menghasilkan kuasa sehingga 320hp pada 7,000rpm dan tork 360Nm pada 5,200rpm.

Infiniti Q70 - Pandulaju.comPrestasi Q70 model 3.5 hibrid pula menerusi sistem kombinasi menjana kuasa 360hp dan tork 350Nm. Semua varian Q70 dipadankan dengan transmisi automatik 7-kelajuan.

Bagi ketenangan minda pemilik, Infiniti Q70 dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, BA, EBD, TCS, VDC, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, Sistem Keselamatan Kenderaan (VSS), Isofix dan  Penyandar Kepala Depan Aktif (AHR).

Edaran Tan Chong Motor ETCM Infiniti Malaysia Infiniti Q70
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV Coupé EV, Leapmotor B05 Diperkenal di Brussels Autosalon

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga Mula RM289k!

02/03/2026
Skoda Octavia vRS Dragon Skin 2026
Roda4

Peminat UK Pilih Dragon Skin Sebagai Warna Baharu Skoda Octavia vRS 2026

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.