• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: GWM M4 (2014)

PREVIU: GWM M4 (2014)

July 23, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1210510SETELAH agak lama menyepi, Great Wall Motors (GWM) menerusi syarikat sekutunya, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Auto) kini muncul dengan model baharu menerusi pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV), M4.

Dengan harga jualan bermula RM45,000 hingga RM59,000, ia dijangka merancakkan lagi segmen automotif negara terutamanya bagi segmen SUV memandangkan kebanyakkan berharga RM100,000 dan ke atas.

P1210458P1210453-001    P1210442Ketua Pegawai Eksekutif GO Auto, Ahmad Azam Sulaiman, berkata lebih daripada 200,000 unit M4 sudah dijual sejak di peringkat global sejak ia mula diperkenalkan pada 2013.

Menurutnya, M4 adalah model SUV utama bagi Great Wall dan ia yakin pengenalan model itu mampu memberi satu impak yang luar biasa dan akan mendapat sambutan baik di Malaysia.

“ Kami menjangkakan M4 akan mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia dengan penawaran harga yang jauh lebih murah berbanding pesaing yang lain. Bukan saja mampu milik, kami sentiasa mengutamakan kualiti bagi memastikan pengguna mendapat yang terbaik selain bersifat cekap tenaga.

" Dengan menyasarkan penjualan sebanyak 1,200 unit sehingga penghujung tahun ini, kami yakin mampu meningkatkan jumlah jualan kepada 1,000 unit sebulan bermula tahun depan.

Buat masa ini, GWM menerusi kilangnya di Gurun, Kedah mampu menghasilkan 50,000 unit kenderaan setahun. Malah, jumlah kapasiti ini bakal meningkat menjadi 100,000 unit kenderaan setahun menjelang 2018. Selain untuk pasaran tempatan, GWM turut mengeksport kenderaannya ke Thailand dan Cambodia.

P1210475P1210474    P1210471

TIGA VARIAN

M4 ditawarkan dalam tiga varian iaitu standard, Comfort dan Premium (spesifikasi tertinggi). Ketiga-tiga varian ini dijana unit enjin yang sama.  Hasil janaan 'jantung' GW4G15 bersesaran 1.5L, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm(4,200rpm).

Lebih menggembirakan, kesemua model didatangkan dengan kotak gear transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 6-kelajuan. Berdasarkan ujian dilakukan, M4 mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 6L per 100km.

Melihat keseluruhan rekabentuk, ia tampak menarik dengan kehadiran lampu siang. Gril hadapan tampak ringkas dan elegan selain lampu kabus. M4 dibina di atas tapak roda bersaiz 2,383mm, sepanjang 3,961mm, selebar 1,728mm dan setinggi 1617mm.

P1210459P1210440   P1210443P1210483  P1210481  P1210431  P1210429Memasuki ruang dalaman, M4 hadir dengan rekaan futuristik, ringkas dan padat. Biarpun dijual pada harga mampu milik, M4 dilihat tidak 'kedekut' memberi pelbagai aksesori dan ciri tambahan. Ruangan papan pemuka tampil ringkas selain stereng dibaluti kulit bersama jahitan benang berwarna merah.

Antara ciri menarik adalah roof rails, rim aloi 16 inci (Comfort & Premium), empat brek cakera, kemasukan tanpa kunci (spesifikasi tertinggi), kerusi dibalut kulit, sistem audio skrin sesentuh bersaiz tujuh inci bersama navigasi, kamera undur dan banyak lagi.

Bagi memastikan kesemua pelanggan mendapat perkhidmatan lepas jualan lebih baik,  GWM kini memiliki 20 pengedar di seluruh Malaysia dan mahu menambah kepada 65 pengedar menjalang 2018.

Aspek keselamatan, M4 lengkap dilengkapi dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km batu perbatuan, pengguna ditawarkan enam pilihan warna menarik; hitam, oren, perak, putih, merah dan biru.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Go Auto, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd, Great Wall Motors, GW4G15, M4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my