• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Ford Mondeo (2015) - RM203,771

PREVIU: Ford Mondeo (2015) - RM203,771

May 10, 2015 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter
Ford Mondeo - www.pandulaju.com
Ford Mondeo - www.pandulaju.com

SELEPAS membuka tempahan pada awal April lalu, Ford Mondeo kini boleh didapati di kesemua bilik pameran Ford seluruh negara.

HARGA:

  • Ford Mondeo - RM203,771 (termasuk insurans)

4 PILIHAN WARNA

  • Putih (Frozen White)
  • Merah (Ruby Red)
  • Hitam (Panther Black)
  • Perak (Techtonic Silver).

ENJIN 2.0

Ford Mondeo baharu dikuasakan unit enjin 2.0L EcoBoost® yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 238hp dan tork 345Nm. Hasil bantuan teknologi EcoBoost® Ford yang menggabungkan sistem pengecas turbo, ia turut meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 20 peratus dan mengurangkan emisi sehingga 15 peratus.

Dipadankan dengan kotak gear automatik SelectShift 6-kelajuan, penggunaan bahan api Mondeo adalah 8L per 100km.

Photo 1 - Mondeo FrontLUARAN ELEGAN

Melihat keseluruhan sosok badan Mondeo, ia menawarkan kehalusan buatan pertukangan terbaik yang membuatkannya tampak elegan dan sporty.

Dihasilkan di kilang tercanggih Ford di Valencia, Sepanyol, Mondeo tampil bersama profail sebuah sports coupe dengan garis bumbung yang rendah. Profail sisinya yang kemas dihasil untuk memberikan pandangan visual lebih ringan. Sementara rekaan bahagian hadapan sofistikated dan teknikal diserlahkan menerusi  gril berbentuk trapezoidal Ford yang mantap, bonet serta reka bentuk lampu utama adaptif.

Photo 4 - Mondeo InteriorDALAMAN SELESA

Manakala bahagian dalamannya pula memberi penekanan terhadap aspek ergonomik dan keselesaan, bersama kemasan serta peralatan yang premium.

Di bahagian dalam, rekaan konsol tengahnya menyerlahkan elemen sporty dan rasa seperti sebuah kokpit. Rekabentuknya yang simetrikal membolehkannya ia mudah diakses oleh pemandu dan penumpang hadapan. Sementara kolum stereng yang boleh dilaras secara elektrik dan lengkap dengan memori nyata menambah kemudahan kepada pemandu.

Photo 2 - Mondeo Side View (2)PELAN SERVIS LANJUTAN FORD

Sama seperti model Ford lain, Mondeo turut hadir bersama Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) yang menawarkan program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan 60,000km (mana tiba dulu) yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma.

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EcoBoost, Ford, Ford Mondeo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Sistem Elektrik Kereta yang Perlu Anda Tahu
  • Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
    Proton Perdana 'Accord' Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
  • Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor
    Apa yang Perlu Anda Tahu Tentang Insurans Motor

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my