• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Ford Everest Buat Debut Di Thailand

PREVIU: Ford Everest Buat Debut Di Thailand

March 25, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

New Ford Everest 1SELEPAS pelancaran trak pikap Ranger facelift, Ford Motor Company terus mengganas dengan memperkenalkan model Ford Everest di Bangkok Motor Show, Thailand.

Berbanding versi terdahulu, model SUV ini menampilkan rekaan lebih berani, teknologi termaju, kemampuan bergerak di laluan off-road selain ruang dalaman yang premium.

New Ford Everest 3LUARAN - Berani

Dengan rekabentuk rugged dan beralun, Everest baharu menggabungkan aspek kekukuhan, ciri-ciri pintar dan gaya untuk menawarkan pelanggan sebuah SUV yang versatil dengan kemampuan off-road sebenar.

Ia memiliki DNA jentera Ford yang seronok dipandu dengan menawarkan pengendalian di atas jalan biasa yang dinamik dan memuaskan, tanpa berkompromi dari segi keselesaan. Rekaan hadapan yang lebar membuatkan ia tampak garang dengan lampu nyalaan siang LED. Tahap kelegan tanah Everest adalah yang terbaik dalam kelasnya iaitu 225mm dan kemampuan mengharung air setinggi 800mm.

New Ford Everest 5DALAMAN - Selesa

Bahagian dalaman Everest mengabungkan pemanduan yang selesa dengan aspek praktikaliti terbaik. Antaranya dua panel bumbung suria, pintu belakang kuasa yang pertama dalam kelasnya, lebih 30 ruang penyimpanan barang,tempat duduk dan susunan ruang kargo fleksibel. Jika mahukan ruangan lebih luas, tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata.

New Ford Everest 2Sistem hiburan pula menampilkan 10 unit pembesar suara, pertama dalam kelasnya dengan subwoofer bersepadu. Ia menawarkan penghasilan bunyi yang tepat dan bunyi bass berkualiti tinggi.

DUA VARIAN

Everest ditawarkan dalam dua varian varian iaitu pacuan roda belakang dan pacuan empat roda. Begitu juga dengan penggunaan enjin yang menawarkan 2.2L Duratorq diesel dan 3.2L Duratorq diesel. Kedua-duanya dibantu dengan kotak gear automatik atau manual 6-kelajuan.

Bagi enjin 2.2L 4-silinder TDCi, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 118hp dan tork 385Nm. Manakala enjin 3.2L pula menghamburkan kuasa 198hp dan tork 470Nm.

New Ford Everest 4Untuk memberikannya kemampuan sebenar, Terrain Management System yang pertama dalam kelasnya menawarkan pemandu dengan empat tetapan talaan - Normal, Snow/Gravel/Grass, Sand dan Rock. Mode-mode ini mengubah maklum balas pendikit kenderaan, transmisi, sistem pacuan empat roda pintar dan kawalan cengkaman untuk menangani apa jua keadaan dengan yakin.

Sama seperti saya katakan sebelum ini, diharapkan ia dapat memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat dan dijual pada harga mampu milik.New Ford Everest 2

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bangkok motor Show, Ford Everest, Ford Malaysia, Ford Motor Company, Ford Ranger, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my