• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso Petrol - RM179,888

PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso Petrol - RM179,888

April 22, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Citroen Grand C4 Picasso Petrol - Pandulaju.comCITROEN Grand C4 Picasso diesel diperkenalkan pada November 2014. Sebagai peringataan, Grand C4 Picasso diesel adalah model Citroen diesel pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Tidak mengambil masa yang lama, Naza Euro Motors memperkenalkan pula Grand C4 Picasso versi petrol.

HARGA: (atas jalan termasuk insurans dan GST)

  • Grand C4 Picasso Diesel - RM189,888
  • Grand C4 Picasso Petrol - RM179,888

Citroen Grand C4 Picasso Petrol - Pandulaju.comLUARAN – Kekal Impresif

Melihat keseluruhan sosok badan Grand C4 Picasso petrol, ia adalah tampak sama seperti abangnya. Ia masih mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan kabin yang lebih luas.

Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.

Tidak ketinggalan, rekaan belakang turut menerima pembaharuan. Untuk tampak lebih garang, C4 dipadankan bersama rim aloi Python bersaiz 18 inci.

Citroen Grand C4 Picasso Petrol - Pandulaju.comDALAMAN – Luas

Sudah pasti, ruang dalaman Grand C4 Picasso petrol menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama. Model MPV tujuh tempat duduk ini dilengkapi kerusi depan elektrik dengan fungsi memori, urutan dan lumbar (bahagian bawah abdomen) untuk kerusi pemandu.

Antara ciri inovatif lain diperkenalkan adalah:

  • Paparan dongak (head-up) berwarna di atas bilah transparen
  • Butang penghidup tekan tanpa kunci (keyless)
  • Sensor parkir depan dan belakang
  • Brek parkir elektronik
  • Pengelap automatik
  • Paparan persekitran sudut pandang 360 darjah

Jika mahukan hiburan, C4 hadir dengan pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur.

PRESTASI – Berkuasa

Pernah meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Tahunan dan MPV Terbaik daripada UK Car Of The Year, C4 petrol dijana enjin e-THP petrol bersesaran 1.6L. Hadir bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 163hp pada 6,000rpm dan tork puncak setinggi 240Nm (1,400rpm).

Dengan kelajuan maksimum 201kmj, catatan dari sifar ke 100kmj hanya mengambil masa sepantas 8.7 saat. Penggunaan bahan api pula adalah 5.8L per 100km, manakala emisi CO2 dihadkan kepada 129g per km.

Citroen Grand C4 Picasso - Pandulaju.comAspek keselamatan, C4 hadir bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek Elektronik (EBA). Sistem ‘Blind Spot’ dan Sistem Amaran Garisan.

Hadir bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Citroen Grand C4 picasso menawarkan empat pilihan warna menarik iaitu, Noir Onyx (hitam) , Blanc Banquise (putih) , Blue Teles (biru) dan Rouge Babylone (merah).

SPESIFIKASI

CITROEN GRAND C4 PICASSO PETROL

ENJIN e-THP Petrol bersesaran 1.6L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM [email protected],000rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],400rpm
HARGA RM179,888 (atas jalan termasuk insurans dan GST)

SPESIFIKASI

CITROEN GRAND C4 PICASSO DIESEL

ENJIN e-HDI diesel bersesaran 2.0L
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM [email protected],000rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],000rpm
HARGA RM189,888 (atas jalan termasuk insurans dan GST)

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: C4, Citroen, Citroen Grand C4 Picasso Diesel, Citroen Grand C4 Picasso Petrol, GST, Naza Euro Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my