• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: BMW 520d Sport Edisi Terhad - RM354,800

PREVIU: BMW 520d Sport Edisi Terhad - RM354,800

March 8, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW_04


BMW Group Malaysia memperkenalkan model BMW 520d Sport edisi terhad yang hanya terhad kepada 50 unit. Hanya boleh ditempah mulai 1 April 2015, model sedan premium itu dijual pada harga RM354,800 tidak termasuk insurans.

PRESTASI

Model terlaris pada peringkat global itu dilengkapi dengan enjin 4-silinder diesel bersama teknologi BMW TwinPower Turbo dan mampu menyalurkan kuasa sehingga 190hp berbanding varian biasa, 184 hp, manakala tork maksimum meningkat hingga 400Nm. Kedudukan statik hingga 100kmj dapatdilakukan sepantas 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 233kmj. Penggunaan bahan api juga menjimatkan di mana hampir 9 peratus lebih baik berbanding enjin terdahulu

LUARAN

Hadir menerusi rekaan yang lebih sporty, ia tampak seperti baji hingga menyerlahkan karakternya sebagai sebuah kenderaan premium. Penampilan sporty itu disempurnakan menerusi penggunaan rim aloi ringan berjejari kembar bersaiz 18-inci.

BMW (5)

BMW 520d -Pandulaju.com

BMW 520d Sport baharu juga dipasang dengan lampu utama LED Adaptif generasi terkini yang memberi suluhan cahaya lebih jelas dan terang dalam apa jua kondisi. Gabungan ciri bantuan lampu tinggi menawarkan kualiti pencahayaan jalan yang optimum dengan fungsi kawalan rendah-tinggi automatik limpahan cahaya lampu. Ya, sudah pasti anda mendapat tahap pandangan terbaik ketika memandu kereta ini pada waktu malam.

DALAMAN

Sama seperti semua kenderaan BMW, aspek ergonomik yang dikaji sepenuhnya membolehkan operasi kawalan pemanduan dan fungsi dilakukan secara optimum. Semua paparan, tuil dan butang menawarkan fungsi keselesaan, diletakkan di tengah yang mudah dicapai pemandu dan penumpang hadapan.BMW (38)

Ambien sporty pada BMW 520d Sport baharu diserlahkan lagi menerusi rekaan papan pemukanya yang dipadankan bersama stereng M dibaluti kulit dan kemasan dalaman hitam berkilat. Rasa sporty dan elegan kereta ini juga dipertingkatkan dengan paparan instrumen multifungsi dengan paparan talaan berbeza bergantung kepada pilihan mod Driving Experience, ECO PRO, Comfort atau Sport. Paparan instrumen multifungsi adalah pertama seumpamanya bagikenderaan dalam kelas sama.

BMW 520d -Pandulaju.com

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BMW, BMW 520d Sport edisi terhad, Pandu uji BMW 520d Sport edisi terhad, Test Drive BMW 520d Sport edisi terhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my