Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri
Auto Terkini

Prestasi Teruk di GP Thailand, Quartararo Terus Masuk Ofis Pujuk Diri Sendiri

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUANG Fabio Quartararo kekal sebagai juara dunia musim 2022 nampaknya amat tipis selepas kelebihan 18 mata yang dimilikinya di GP Japan susut kepada dua mata di Thailand. Pelumba Yamaha itu gagal mengutip sebarang mata selepas menamatkan saingan GP Thailand di tempat ke-17.

El Diablo mempamerkan aksi lemah dalam suasana trek basah selepas Selekoh 1 ketika lap pembukaan, terus beralih ke posisi 17 dari tempat keempat. Dia kemudian jatuh ke tempat 19 semasa lap sembilan. Semasa di GP Indonesia 2022, Quartararo menamatkan saingan di tempat kedua di atas trek basah.

BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!

Pelumba harapan Yamaha itu kembali ke tempat 17 selepas memintas Cal Crutchlow dan kelebihan satu tempat selepas Remy Gardner terlibat kemalangan. Quartararo melepasi garisan penamat dengan perbezaan 34 saat di belakang juara GP Thailand, Miguel Oliveira (KTM). Sekadar perbandingan, Quartararo hanya ketinggalan 2.2 saat di belakang Oliveira ketika aksi di Litar Mandalika.

KEDUDUKAN RANKING SEMASA JUARA DUNIA 2022

Sebaik kembali ke pit Yamaha, Quartararo terus melangkah dan membatalkan semua aktiviti bersama media. Yamaha mengeluarkan satu kenyataan menyatakan:

“Hujan turun pada masa paling buruk untuk kami. Kami takde banyak masa kat trek basah sebelum race mula, hanya beberapa minit.

“Lap pertama race memang mencabar. Jack tolak aku kat Turn 1 dan lepas tu, keadaan jadi lagi teruk. Aku duk cari feeling baik tapi masa kat Turn 4, aku dapat momen tu tapi daya penglihatan pulak jadi lebih teruk.

“Aku mintak maaf kat fan Thailand. Aku harap sangat dapat buat lebih baik duk diorang. Kami tau dah sebab apa kami banyak struggle tapi kami akan siasat untuk tingkatkan prestasi kelak.”

BACA >>> #46 Kekal Milik Valentino Rossi Selamanya!

Direktor Pasukan Monster Yamaha, Massimo Meregalli berkata:

“Perlumbaan itu satu gamble, kejuaraan sekarang (ibarat) bermula dari awal. Kami belum cakap dengan Fabio lepas race, sebab dia mungkin rasa amat kecewa dan terus masuk ofis sendiri untuk tenangkan hati.

“Susah kami nak nilai (apa yang berlaku) sehingga berbual dengan dia. Kami kena berbincang dengan dia, periksa data dan lihat jika ada apa-apa persamaan.

“Memang race kali ini macam gamble untuk semua orang, hampir seluruh musim dengan trek kering dan kini berlumba di trek basah. Tapi kami buat benda sama kat Indonesia dan pamer prestasi bagus. Di sini (GP Thailand), semuanya terbalik. Tak tau apa sebabnya. Kami rasa mungkin tak cukup kadar grip macam kat Indonesia.”

“Kejuaraan (dunia) bermula dari sifar dan saya rasakan hanya ada satu cara untuk menang iaitu terus lakukan serangan.”

BACA >>> Oliveira Juara GP Thailand 2022, Quartararo Mungkin Hilang Gelaran Juara Dunia Musim Ini

APA SILAP YAMAHA

Penunggang uji Yamaha, Cal Crutchlow merasakan tekanan tinggi tayar depan adalah punca masalah dia dan Quartararo di Buriram.

“Aku harapkan lebih baik tapi korang pun leh nampak hari ini bukan hari Yamaha. Kami tak dapat condongkan motor, tak dapat layan selekoh. Banyak sangat haba kat tayar depan, tekanan terlalu tinggi.

“Tekanan tayar cukup tinggi semasa lap pertama race. Aku ada dalam grup sama dengan Fabio. Fabio tak dapat puisng motor, tak dapat condong, tayar depan tak ikut selekoh. Aku juga alami benda sama.

PELUANG TERAKHIR QUARTARARO

El Diablo masih ada tiga lagi perlumbaan iaitu GP Australia, GP Malaysia dan GP Valencia untuk mengumpul mata untuk memastikan gelaran juara dunia 2022 kekal miliknya. Pendek kata, tiada sebarang kesilapan harus berlaku. Jika tidak, kita mungkin dapat saksikan Pecco atau Espargaro merampas gelaran itu.

2022 GP Thailand Cal Crutchlow el Diablo Fabio Quartararo Massimo Meregalli Remy Gardner roda2 Yamaha Monster 2022
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.