Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
Auto Terkini

Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!

SyafieBy Syafie15/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Soloera Solo 1C

SYARIKAT kenderaan elektrik (EV) tempatan, Blueshark Malaysia hari ini mengumumkan promosi prapelancaran motosikal elektrik, SoloEra Solo 1C pada harga serendah RM599 sahaja!

Inisiatif itu hasil kerjasama strategik Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), aplikasi Mesra Rewards, dan Setel yang bertujuan memperluas akses rakyat kepada mobiliti elektrik mampu milik dan lestari.

Apakah SoloEra Solo 1C?

Logo Soloera

Solo 1C ialah model pertama daripada tiga motosikal elektrik baharu di bawah jenama SoloEra, iaitu subjenama baharu Blueshark, khusus untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih inklusif dan berkualiti tinggi pada harga lebih mesra rakyat.

Harga promosi itu tertakluk kepada syarat seperti:

  •  Tertakluk rebat MARiiCas bernilai RM2,400
  • Terbuka kepada ahli Mesra Rewards dan pengguna Setel
  • Tempahan menerusi www.mymesra.com.my atau aplikasi Setel
  • Sah dari 15 Julai hingga 16 September 2025 (atau selagi stok masih ada)

Syarat Tempahan, Pakej Sokongan

Poromosi Soloera Solo 1C

Bagi menikmati harga luar biasa itu, pembeli mesti:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai lesen motosikal B2 sah
  • Memohon rebat MARiiCas (tertakluk kuota)
  • Melanggan pelan sewa bateri 5 tahun (RM59/sebulan)
  • Melanggan pakej sambungan pintar (RM10/sebulan)

Tanpa rebat MARiiCas, harga motosikal elektrik itu ialah RM2,999, tidak termasuk pelan sewa bateri dan langganan.

Spesifikasi SoloEra Solo 1C

Soloera Solo 1C 2025
Soloera Solo 1C 2025
Soloera Solo 1C 2025
  • Kuasa motor 2,000W
  • Bateri Litium-Besi-Fosfat (LFP Gen-2)
  • Jarak tunggangan (NEDC) hingga 101km
  • Kelajuan maksimum 75kmj
  • Sokongan cas soket 3-pin biasa dan bateri boleh ganti (akan datang)
  • Ada empat mod tunggang, termasuk Bantuan Motor
  • Dilengkapi fungsi pintar App-enabled, kawalan Bluetooth, telematik, antikecurian, carian motosikal (Find My Vehicle)
  • Ada tiga warna pilihan: Nebula Green (hijau), Nova Orange (jingga), dan Lunar White (putih)

Dibuat untuk Rakyat Malaysia

Model pemasangan tempatan (CKD) akan bermula seawal Julai 2025 di fasiliti EP Manufacturing Berhad (EPMB), Glenmarie, yang menjadikan SoloEra sebagai motosikal elektrik ‘Buatan Malaysia‘ untuk rakyat Malaysia.

SoloEra bukan sekadar jenama. Ia revolusi rakyat. Kami mahu semua penunggang tanpa mengira latar belakang boleh menikmati kelebihan elektromobiliti. Inilah misi Blueshark: Tiada Penunggang yang Tercicir.”

– Jeff Chong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blueshark Malaysia

Kesan Lestari, Aspirasi Net Zero

Soloera Solo 1C berpotensi mengurangkan emisi karbon sebanyak 3,500kg CO₂ setahun (90 peratus lebih rendah) berbanding motosikal petrol 150cc. Inisiatif itu juga menyokong matlamat Kerajaan mencapai 20 peratus penggunaan EV menjelang 2030.

Gabungan rebat MARiiCas dan model SoloEra bakal mempercepat penggunaan EV di Malaysia. Inilah kuasa kerjasama awam-swasta demi masa depan rendah karbon.”

Azrul Reza Aziz, CEO MARii

Bagaimana Tempah?

  1. Layari www.mymesra.com.my
  2. Atau muat turun aplikasi Setel di Apple App Store atau GooglePlay (Android)
  3. Mohon rebat MARiiCas di https://insentif.marii.my/mariicas
Auto Terkini Blueshark Malaysia Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) MARii motosikal elektrik roda2 Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) SoloEra Solo 1C
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

    By ZY22/07/201914
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.