Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Porsche Perkenal Teknologi Cas Wayarles Pertama Dunia untuk EV Tapi…
Auto Terkini

Porsche Perkenal Teknologi Cas Wayarles Pertama Dunia untuk EV Tapi…

SyafieBy Syafie09/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PORSCHE melakar sejarah baharu dunia automotif apabila memperkenalkan teknologi pengecasan wayarles untuk kenderaan elektrik (EV) yang membolehkan pemilik mengecas tanpa perlu menyambungkan kabel.

Bagaimanapun, sistem ini hanya ditawarkan untuk model Porsche Cayenne Electric (E4) yang bakal debut hujung 2025, sebelum dilancarkan ke pasaran bermula 2026 di Eropah.

Cas EV Semudah Cas Telefon Pintar

Konsepnya sama seperti telefon pintar atau berus gigi elektrik – tenaga dipindahkan secara induktif melalui medan magnet. Pemilik hanya perlu meletakkan kereta di atas plat lantai (117 x 78 x 6 cm) dan pengecasan bermula automatik.

  • Kapasiti pengecasan: sehingga 11 kW (setara pengecasan AC dengan wayar)
  • Efisiensi tenaga: hingga 90 peratus
  • One-Box system: hanya perlukan plat lantai, tak perlu wallbox tambahan
  • Lokasi pemasangan: garaj, carport atau ruang terbuka

Cayenne Electric Model Pertama

Porsche mengesahkan Cayenne Electric akan menjadi model pertama dengan teknologi ini. Unit penerima dipasang di bahagian bawah kenderaan, terlindung daripada batu dan cuaca. Ketika pengecasan, Cayenne akan turun sedikit secara automatik untuk pemindahan tenaga lebih optimum.

Pelanggan boleh membuat pesanan plat lantai melalui Porsche Centres atau Porsche Shop online bermula 2026, lengkap dengan servis pemasangan profesional juruelektrik bertauliah.

Mudah, Selamat dan Praktikal

  • My Porsche App + Surround View bantu pemandu align kereta dengan tepat
  • Pengecasan bermula automatik bila posisi betul dan brek parkir aktif
  • Motion detector dan foreign object detection hentikan pengecasan jika ada haiwan atau objek logam
  • Weatherproof dan TUV Sud tested, lengkap pensijilan CE dan UL
  • Berat plat lantai sekitar 50kg, siap LTE dan Wifi untuk software update masa depan.

Kajian Porsche menunjukkan 75 peratus pengecasan EV dilakukan di rumah, menjadikan teknologi ini lebih praktikal untuk pemilik EV.

Kuasa Pantas Untuk Perjalanan Jauh

Selain pengecasan wayarless, Cayenne Electric turut menyokong pengecasan DC sehingga 400kW – jauh lebih pantas berbanding Taycan (320kW) dan Macan (270kW).

Ia boleh dicas secara optimal di mana-mana Porsche Charging Lounge untuk perjalanan jarak jauh.

Fluorescent Paint: Sentuhan Eksklusif di IAA Munich 2025

Di pameran IAA Mobility Munich 2025, Porsche tampilan prototaip Cayenne Electric dengan cat luoresen unik.

Apabila dicas, badan kereta menghasilkan corak bercahaya lima warna hasil daripada 25 lapisan khas termasuk bahan elektroluminesen. Lebih 100 liter clear coat dan 500 meter kabel digunakan dalam pembangunan cat futuristik ini.

Dari Sportcar ke Teknologi EV Termaju

Dengan Teknologi Porsche Wireless Charging, jenama sportcar Jerman ini bukan sahaja memudahkan hidup pemilik EV tetapi mengukuhkan reputasi sebagai perintis inovasi.

Selepas Cayenne Electric, dijangka lebih banyak model Porsche EV masa depan bakal menerima teknologi sama – menjadikan pengecasan tanpa kabel sebagai standard baharu mobiliti hijau.

SUMBER: NewsroomPorsche

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Pengecas Wayarles Porsche Cayenne Electric Teknologi Pengecasan EV
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.