Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini
Auto Terkini

Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KEJOHANAN sim racing tempatan, Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) kembali untuk edisi ketiga pada 2026 dengan pendaftaran rasmi dibuka bermula 13 Mac 2026.

Dianjurkan Porsche Malaysia melalui Sime Darby Auto Performance, kejohanan e-sukan ini memberi peluang kepada bakat muda tempatan merasai pengalaman perlumbaan Porsche dalam dunia digital menggunakan simulator profesional.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter, kejohanan tersebut meneruskan legasi Porsche dalam dunia sukan permotoran.

“Selama lebih 75 tahun, Porsche sinonim dengan kecemerlangan sukan permotoran. Sama ada di atas litar sebenar atau dalam arena digital, perlumbaan sudah menjadi sebahagian daripada DNA kami,” katanya.

Guna Porsche 911 GT3 Cup Dalam Simulator

Seperti siri perlumbaan sebenar Porsche Carrera Cup, semua peserta akan memandu jentera sama iaitu Porsche 911 GT3 Cup dengan tetapan simulator seragam termasuk stereng dan pedal realistik.

Ini bermakna kemenangan ditentukan sepenuhnya oleh kemahiran, fokus serta strategi peserta.
Bagi edisi 2026, Porsche turut memperkenalkan kategori khas wanita bagi memberi peluang kepada peserta wanita berusia antara 10 hingga 23 tahun menyertai dunia sukan permotoran.

Empat Kategori PESCM 2026

Kejohanan tahun ini dibahagikan kepada empat kategori:

  • Junior Dreamers: 10 – 14 tahun
  • Young Dreamers: 15 – 17 tahun
  • Driven Dreamers: 18 – 23 tahun
  • Female Dreamers: 10 – 23 tahun

Pusingan Kelayakan Di KL, Johor, Penang

PESCM 2026 menggunakan platform simulator Assetto Corsa dengan tiga pusingan kelayakan sistem kalah mati.

Pusingan kelayakan pertama akan berlangsung di tiga lokasi utama:

  • Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur – 18 hingga 19 April 2026
  • Mid Valley Southkey, Johor Bahru – 25 hingga 26 April 2026
  • Gurney Paragon Mall, Pulau Pinang – 2 hingga 3 Mei 2026

30 pemandu terpantas setiap kategori dari setiap lokasi akan mara ke pusingan kelayakan kedua di Porsche Centre seluruh negara.

Final Ketika Porsche Carrera Cup Asia Di Sepang

10 pemandu terpantas dari setiap Porsche Centre akan mara ke pusingan kelayakan ketiga di Pavilion Bukit Jalil pada 4 hingga 5 Julai 2026. Pemandu terbaik kemudiannya akan bersaing di pentas akhir ketika perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia di PETRONAS Sepang International Circuit pada 22 hingga 23 Ogos 2026.

Final tersebut akan berlangsung sempena pusingan 9 hingga 11 kejuaraan sebenar, sekali gus meletakkan pelumba simulator Malaysia di tengah suasana perlumbaan Porsche sebenar.

Menariknya, juara kategori Driven Dreamers PESCM 2025, Naquib Azlan kini bersaing dalam Porsche Carrera Cup Asia, menunjukkan bagaimana kejohanan sim racing ini mampu menjadi batu loncatan ke dunia perlumbaan sebenar. Pendaftaran PESCM 2026 boleh dibuat di pescm.porsche.com.my.

bakat muda bakat tempatan Porsche Porsche 911 GT3 Cup Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia (PESCM) Porsche Malaysia SIM Racing simulator racing
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    PLUS Jangka 2.3j Kenderaan Sehari, 34 Smart Lane Diaktifkan Sempena Aidilfitri

    13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.