• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche: 90 Edisi Kolektor Rai Legasi Pereka Ferdinand Alexander Porsche

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche: 90 Edisi Kolektor Rai Legasi Pereka Ferdinand Alexander Porsche

December 12, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SEMPENA ulang tahun kelahiran ke-90 Ferdinand Alexander Porsche (F. A. Porsche), jenama Stuttgart ini memperkenalkan model istimewa Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche.

Model ini penghormatan kepada F. A. Porsche, individu yang membentuk identiti model ikonik 911 sejak era awal.

Model ini diinspirasikan daripada 911 G-Body yang pernah dipandu oleh F. A. Porsche pada tahun 1980-an, dan diterjemah semula melalui program Sonderwunsch Manufaktur yang akan menghasilkan 90 unit sahaja, termasuk satu unit khas untuk anak beliau, Mark Porsche.

Pembeli turut ditawarkan program konsultasi peribadi eksklusif bagi menetapkan kemasan serta spesifikasi akhir sebelum produksi bermula pertengahan 2026.

Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche dijual pada harga AS$387,000 (RM1,590,570.00), tidak termasuk cukai, yuran dan kelengkapan pilihan.

Warisan F. A. Porsche

Ferdinand Alexander Porsche (lahir 11 Disember 1935) membesar dengan minat mendalam terhadap reka bentuk.

Selepas menimba pengalaman di bahagian pemodelan Porsche sejak 1957, beliau mengetuai unit reka bentuk dan menghasilkan model penting seperti 901/911, 804 Formula One dan 904 Carrera GTS.

Pada 1972, beliau menubuhkan Porsche Design bersama abangnya Hans-Peter, menghasilkan rangkaian jam mekanikal, kaca mata, pemetik api serta peralatan menulis yang menjadi ikon global.

Studio ini turut mereka bentuk produk industri dan peralatan rumah untuk pelbagai syarikat antarabangsa di bawah label Design by F. A. Porsche.

Walaupun meninggal dunia pada 5 April 2012, legasinya diteruskan melalui Studio F. A. Porsche di Zell am See, yang kekal dengan falsafah reka bentuk beliau iaitu tidak mengikut trend semasa, tetapi mengutamakan fungsi dan reka bentuk timeless.

Reka Bentuk Luaran & Dalaman: Inspirasi 911 Peribadi F. A. Porsche

  • Warna eksklusif F. A. Green metallic dibangunkan khas, berasaskan tona Oak Green metallic milik 911 F. A. Porsche sendiri.
  • Rim Sport Classic dengan kemasan Satin Black, tidak ditawarkan pada 911 GT3 Touring standard.
  • Penutup hub roda memaparkan logo Porsche 1963, manakala gril penutup enjin belakang menampilkan plak emas ‘90 F. A. Porsche’.

Bahagian dalaman pula menterjemah cita rasa peribadi F. A. Porsche menerusi pilihan bahan dan tekstur:

  • Jahitan Limestone digandingkan dengan Truffle Brown Club Leather.
  • Kemasan tempat duduk menggunakan kain F. A. Grid-Weave, diinspirasikan daripada corak sport coat kegemarannya.
  • Corak ini menggabungkan lima warna iaitu hitam, hijau, truffle brown, krim dan merah Bordeaux.
  • Kain sama turut digunakan untuk ruang simpanan laci papan pemuka serta alas ruang but hadapan.
  • Jam tangan Sport Chrono direka berinspirasikan Chronograph 1 satu-satunya milik F. A. Porsche.
  • Tuil gear menggunakan kayu walnut jenis open-pore.
  • Plak khas dengan tandatangan F. A. Porsche, bentuk asal 911 serta penandaan one of 90 ditempatkan pada papan pemuka.
  • Bahagian belakang tempat duduk menerima sulaman Limestone Beige dengan logo edisi khas.
  • Ruang storan konsol tengah disulam dengan grafik sama seperti plak di gril belakang.

Boxer N/A 502 hp

  • Model koleksi ini berasaskan 911 GT3 dengan Touring Package, iaitu versi yang lebih bersahaja daripada jentera berasaskan litar, serta dilengkapi spoiler belakang adaptif.
  • Dikuasakan enjin Boxer N/A 4.0L menghasilkan 502 hp dan 449Nm.

Jam Porsche Design Chronograph 1

Setiap pembeli 911 GT3 90 F. A. Porsche akan menerima jam tangan edisi eksklusif Chronograph 1. Seperti semua jam tangan Porsche Design, Chronograph ini disahkan COSC dan dibina dengan tangan di kilang pembuatan milik Porsche di Switzerland.

  • Menggunakan Super-LumiNova® untuk menyerupai patina radium/tritium klasik.
  • Logo Porsche Design lama pada pengunci tali dan crown.
  • Inisial F. A. Porsche menggantikan logo Porsche Design pada posisi jam 3, seperti jam milik beliau sendiri.
  • Rotor automatik diilhamkan daripada reka bentuk rim kereta edisi khas ini.
  • Nombor edisi (XX/90) serta tandatangan F. A. Porsche diukir menggunakan laser.
  • Perumah menggunakan titanium hitam yang ringan, tahan lasak dan hipoalergenik (kurang berisiko menyebabkan alahan pada kulit).
  • Tali titanium boleh diganti dengan tali kulit, dipadankan dengan bahan dalaman 911 edisi ini.
  • Sistem penukaran tali pantas tanpa alat, serta pensijilan COSC.
  • Berdasarkan Chronograph 1 – 1972 Limited Edition yang dilancar sempena ulang tahun ke-50 Porsche Design.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ferdinand Alexander Porsche, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 GT3, Porsche 911 GT3 90 F. A. Porsche, Sonderwunsch Manufaktur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my