PORSCHE memperkenalkan 911 Cup baharu, iaitu evolusi terkini jentera lumba khas untuk piala satu buatan (one-make cup) seperti kejuaraan Porsche Mobil 1 Supercup, Carrera Cup, dan siri disahkan Porsche lain.
Jentera baharu itu akan mula beraksi di litar awal musim 2026 yang dibina berasaskan generasi 992.2, edisi terkini itu menampilkan pelbagai penambahbaikan terperinci.
Prestasi Dipertingkat, Pengendalian Lebih Mudah
Usaha pembangunan menumpukan kepada peningkatan prestasi, mengekalkan kos operasi yang munasabah, dan mempermudah pengendalian untuk pemandu serta pasukan.
- Jentera lumba baharu berasaskan 911 untuk piala dan siri satu buatan Porsche kini secara rasmi dipanggil 911 Cup. Ini usaha Porsche untuk memperkemas dan menyeragamkan penamaan jentera lumba pelanggan.
- Enjin boxer aspirasi natural (NA) 6-silinder 4.0L memberikan output dipertingkat kepada 520ps, meningkat 10ps.
- Bermula sekarang, hanya jentera untuk siri perlumbaan jenama terbuka atau segmen tertentu akan membawa akhiran 'GT' yang digabungkan dengan nombor dalam jenama, seperti pada evolusi baharu, Porsche 911 GT3 R.
- 911 Cup sebahagian besar berasal daripada 911 GT yang juga diluluskan untuk jalan raya dan dihasilkan bersama model pengeluaran siri di kilang utama Porsche di Zuffenhausen.
- Sejak pengeluaran bermula akhir 2020, Porsche Motorsport sudah membina 1,130 unit 911 GT3 Cup, menjadikan jumlah keseluruhan 5,381 unit Porsche 911 dihasilkan sebagai jentera lumba satu buatan.
Rekabentuk Diadaptasi, Aerodinamik Ditingkatkan
Porsche 911 Cup berbeza secara visual daripada model dahulu dan paling ketara adalah bahagian depan kini mencerminkan rekabentuk 911 GT3 generasi 992.2.
- Lip spoiler depan kini terdiri daripada tiga bahagian berasingan yang membolehkan bahagian rosak diganti, dan membantu mengurangkan kos pembungkusan dan penghantaran untuk alat ganti.
- Pembuangan lampu siang (DRL) mempunyai tujuan sama, iaitu jika berlaku perlanggaran, radiator belakang tidak lagi rosak dan tidak perlu diganti.
- Fender menampilkan lubang 'louvre' bersepadu, untuk aliran udara melalui gerbang roda dan meningkatkan daya mendap (downforce) aerodinamik pada gandar hadapan.
- Kesan yang sama dicapai bahagian bawah badan yang dioptimum secara aerodinamik, seperti dalam model standard, mempengaruhi dinamik pemanduan kereta secara positif.
- 'Turning vanes', yang terletak belakang gerbang roda depan meningkatkan aliran udara dsepanjang bahagian depan.
- Unteraksi elemen itu menghasilkan gandar depan lebih responsif, terutama pada halaju tinggi yang membolehkan pemandu memposisi jentera lumba dengan ketepatan lebih tinggi sebelum setiap selekoh.
- Bahagian belakang 911 Cup baharu lebih agresif direka bentuk semula sepenuhnya, dengan sayap belakang 'swan-neck' menampilkan sambungan diubah suai kepada penyokong sayap, menjadikan ia lebih mudah untuk pelarasan posisi dan pengendalian.
- Penutup ruang enjin juga dirombak sepenuhnya, seperti hampir semua komponen badan, termasuk pintu. I,a diperbuat daripada fabrik gentian karbon kitar semula digabungkan dengan resin epoksi berasaskan bio. Sebagai contoh, sisa potongan daripada proses pembuatan lain digunakan semula untuk menghasilkan fabrik tersebut, satu langkah yang menyumbang, antara faedah lain kepada penstabilan harga alat ganti.
Enjin Perlumbaan Lebih Dekat dengan Siri Umum (Pengguna)
Enjin boxer 4.0 liter kekal berdasarkan unit digunakan pada Porsche 911 GT3.
- Dalam versi perlumbaan terbaharu dengan kuasa 520ps, model ini menggabungkan komponen tambahan daripada enjin pengeluaran siri umum, termasuk injap terotel individu yang dioptimum aliran dan aci sesondol (camshaft) dengan masa bukaan injap dilanjutkan.
- Rekabentuk itu menghapuskan keperluan untuk injap terotel di tengah, yang seterusnya membolehkan pemasangan pengehad udara, iaitu keperluan untuk bersaing dalam kejuaraan sukan permotoran lain.
- Walaupun peningkatan 10ps, jangka hayat enjin kekal tidak berubah dan hanya memerlukan baik pulih selepas 100 jam masa di litar.
- Mematuhi peraturan bunyi berbeza bergantung siri perlumbaan, litar, dan peraturan tempatan, dengan tiga sistem ekzos berbeza ditawarkan.
- Klac lumba logam sintered empat cakera lebih kuat kini mengendalikan hantaran kuasa kepada kotak gear 'dog' 6-kelajuan berurutan. Peningkatan itu membolehkan kelajuan enjin, yang sebelum ini terhad kepada 6,500rpm ketika standing start, dipertingkat yang meningkatkan lagi deruman akustik pada permulaan perlumbaan.
- Fungsi permulaan semula enjin automatik juga diperkenalkan, dan diaktifkan sebaik saja pemandu menekan pedal klac selepas enjin mati tidak sengaja.
- Selain itu, fungsi stroboskop baharu pada lampu brek kini memberi amaran kepada pemandu yang mengikuti, terutama ketika fasa permulaan. Ini menggantikan penggunaan lampu amaran bahaya.
Brek: Prestasi Diperbaiki, Jangka Hayat Dilanjutkan
Sistem brek menjalani peningkatan komprehensif.
- Gandar depan kini menampilkan cakera 380mm, dengan diameter 32-35mm. Perubahan tersebut membolehkan saluran penyejukan lebih besar untuk pengudaraan kendiri dan meningkatkan pelesapan haba.
- Dengan memindahkan penyejuk air pusat ke belakang but, udara penyejuk kini boleh diarahkan ke brek melalui bahagian depn pusat.
- Selain itu, diameter luar 'hat' cakera brek dikurangkan, yang meningkatkan permukaan geseran antara cakera dan pad brek. Ini menghasilkan nyah pecut lebih cekap berkat pad brek lebih lebar, dan ketahanan lebih baik ketika perlumbaan jarak jauh, serta jangka hayat ketara lebih lama untuk komponen individu.
- Bosch M5 racing ABS kini dipasang sebagai peralatan standard semua kereta 911 Cup. Menampilkan keupayaan pemprosesan data dipertingkat untuk mentafsir input daripada sensor pecutan baharu, yang menawarkan pengesanan isyarat tambahan.
- Perisian canggih itu juga boleh memberi amaran kepada pemandu jika berlaku kebocoran pada mana-mana dua litar brek.
- Selain itu, takungan cecair brek telah diperbesar, yang menjadikannya sesuai untuk perlumbaan jarak jauh.
- Hentian stereng (steering stops) diubah membolehkan stereng kuasa berbantu elektronik membantu dalam radius pusingan lebih kecil, menjadikannya lebih mudah dikemudia melalui jalan bandar sempit.
- Kunci stereng diperditingkatkan juga membolehkan pemandu untuk mengawal oversteer dalam 911 dengan lebih berkesan.
Kokpit: Operasi Dipermudah Semasa Berlumba dan di Pit
Stereng multifungsi direka semula, yang kini berkualiti lebih tinggi menggabungkan rekabentuk lebih menarik dengan kelebihan praktikal.
- Tombol putar pusat digunakan untuk melaraskan intervensi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan traksi.
- Butang kawalan berlampu warna baharu meningkatkan visual label.
- Panel kawalan pusat sebelah kerusi kekal mudah diakses dan dikendalikan pemandu, walaupun ketika berlumba. Kini menampilkan lapan suis fizikal berbanding 10.
- Butang bawah kanan membuka halaman menu tambahan pada paparan, membolehkan pelbagai tetapan terperinci dilaraskan dari dalam kabin, termasuk halaju lorong pit, pemetaan ekzos, dan penetapan semula sudut stereng. Ini menghilangkan keperluan menyambung komputer riba dan mempermudah operasi pasukan.
- Padding busa tambahan di dalam palang pintu menawarkan perlindungan tambahan untuk lengan, kaki, dan tapak kaki pemandu.
Elektronik: Fungsi Tambahan Praktikal
Ciri elektronik 911 Cup baharu turut dipertingkat yang menyumbang kepada kebolehpanduan lebih baik.
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS) kini memaparkan suhu udara tayar pada paparan papan pemuka pusat.
- Antena GPS lebih berkuasa menggantikan sistem inframerah, dan mengambil alih penjejakan masa pusingan serta posisi.
- Ciri yang terbukti daripada 911 GT3 R, sudah disepadu, termasuk pengukuran masa pusingan untuk laluan lorong pit dan fungsi pre-kill, yang secara automatik mematikan enjin sebaik saja kereta berhenti di hentian pit.
- Sistem pemantauan elektronik baharu untuk unit pemadam api kini memeriksa sendiri tahap cas bateri 9V.
- Dalam membangunkan 911 Cup, Porsche Motorsport sekali lagi bekerjasama dengan Michelin untuk mencipta tayar generasi baharu.
- Ujian dunia sebenar dijalankan di litar GP Itali di Monza, Lausitzring di Brandenburg, dan litar dalaman Porsche di Pusat Pembangunan Weissach, dengan penglibatan tiga bekas Porsche Juniors, Bastian Buus, Laurin Heinrich, dan Klaus Bachler, bersama pelumba berpengalaman Marco Seefried.
Leave a Reply