• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Pemandu Vios Samseng Masuk Lorong Motosikal

Polis Buru Pemandu Vios Samseng Masuk Lorong Motosikal

August 22, 2020 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS kini mencari pemandu Toyota Vios yang memandu melawan arus di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan kerana cuba mengelak kereta tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, insiden berlaku jam 4 petang pada 19 Ogos lalu itu berdekatan bangunan Angkasapuri dan dirakamkan kamera pemuka motosikal mangsa.

BACA >>> #Videotomotif: Warga Emas Tenang Naik Motor Lawan Arus, Mungkin Nyanyuk

Menurutnya, mangsa ialah lelaki 29 tahun yang bekerja sebagai kakitangan perbankan dan sedang dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Putrajaya. Aksi bahaya pemandu Vios itu memaksa mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R25 merempuh tembok di sebelah lorong sempit di situ kerana tidak sempat membrek sepenuhnya ketika cuba mengelak kereta tersebut yang keluar mengejut dari terowong.

Apa yang menimbulkan kemarahan, pemandu tersebut langsung tidak berhenti dan terus memandu di lorong tersebut.

Zulkefly berkata, usaha mencari pemandu dan kereta dengan nombor pendaftaran QMN 5338 kini sedang dilakukan kerana kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki beralamat di Sarawak.

“Kami meminta pemandu atau pemilik kenderaan tersebut menyerah diri ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur atau sesiapa yang mempunyai maklumat boleh hubungi Sarjan Shamsul Kamal atau ASP Khairul Naim di 03-20719999," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di lutut kiri dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Minimum Penjara 10 Tahun, Denda RM50k untuk Pemandu Mabuk Sebab Kematian

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, kemalangan, lorong sikal, roda2, Toyota Vios Masuk Lorong Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my