PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin selepas mempengerusikan sidang khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Berikut ialah perincian PKP baharu kali ini:
- Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran:
- Tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah.
- Hanya 20 jemaah bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah.
- Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat.
- Tidak dibenarkan ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Dilarang rentas daerah dan negeri kecuali:
- Tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
- Semua bentuk perhimpunan sosial dilarang:
- Ini termasuk kenduri kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta.
- Sebarang bentuk seminar, persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
- Majlis akad nikah dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi orang bukan Islam.
- Semua aktiviti sukan dan rekreasi adalah dilarang kecuali sukan dan rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal.
- Semua institusi pendidikan ditutup.
- Pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.
- Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan kerja ibu bapa atau penjaga.
- Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing dihadkan kepada tiga orang termasuk pemandu.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran kenderaan perdagangan.
- Bilangan orang yang dibenarkan di dalam pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
- Dine-in di restoran dan kedai makan tidak dibenarkan. Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah dibenarkan.
- Majikan diwajibkan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan pengurusan pada setiap masa.
- BDR sektor awam ditentukan oleh garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari semasa ke semasa.
- Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan oleh Kementerian Perpaduan.
- Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.
- Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021.
- Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.
Leave a Reply