• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM: MRT Putrajaya Dibuka Sepenuhnya, Tambang Percuma Hingga 31 Mac

PM: MRT Putrajaya Dibuka Sepenuhnya, Tambang Percuma Hingga 31 Mac

March 16, 2023 By Sharil Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAKYAT Malaysia boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya bermula 3 petang hari ini sehingga 31 Mac.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena pembukaan sepenuhnya kemudahan MRT laluan Putrajaya bermula Putrajaya Sentral sehingga Kwasa Damansara.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kementerian Pengangkutan akan membentangkan satu strategi pengangkutan awam yang lebih menyeluruh kepada kerajaan untuk pelaksanaan bagi meringankan beban rakyat secara umum.

Orang ramai kini boleh menikmati perkhidmatan keseluruhan MRT laluan Putrajaya yang mula dibuka pada pukul 3 petang hari ini.

Kemudahan terbaharu itu telah melengkapkan MRT Putrajaya yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Persekutuan ke ibu kota Kuala Lumpur.

Perkhidmatan itu mampu membawa 1,200 penumpang pada satu-satu masa, sekali gus dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam tempoh dua tahun.

Dengan pembinaan yang menelan belanja RM30.53 bilion, Laluan MRT Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer dan mempunyai 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 10 stesen pertukaran dan stesen sambungan, termasuk Cyberjaya, Titiwangsa, Ampang Park, Chan Sow Lin, dan Sungai Besi.

MRT laluan Putrajaya mula dibuka secara berfasa dan pertama kali pada 16 Jun 2022 membabitkan perjalanan sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen antaranya Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu

BACA >>> Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua Operasi 16 Mac Ini (Khamis)
BACA >>> RapidKL Mohon Maaf, Tekanan Udara Rendah Punca MRT Laluan Kajang Terjejas

SUMBER: Utusan

Artikel Berkaitan

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Anwar Ibrahim, MRT Putrajaya, PM Anwar, Rapid KL, tambang percuma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my