Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Perkenal Tol ANPR Pertama Malaysia di Jajaran Hutan Kampung – Sungai Dua
Auto Terkini

PLUS Perkenal Tol ANPR Pertama Malaysia di Jajaran Hutan Kampung – Sungai Dua

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam12/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PLUS mula projek rintis ANPR

PENGGUNA Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini boleh menikmati konsep bebas lorong atau ‘lane freedom’ menerusi sistem tol pembayaran terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR).

Inisiatif dihasilkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) itu dilaksana khas untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung – Sungai Dua, sekali gus menandakan langkah penting ke arah pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), di Malaysia pada masa depan.

Sembilan Plaza Tol, Jarak Hampir 88km

Plaza tol Hutan Kampung

Menerusi projek rintis itu, pengguna yang berdaftar tidak lagi terikat kepada lorong tertentu dan bebas masuk atau keluar melalui mana-mana lorong tol di sembilan plaza terlibat.

Plaza tol tersebut ialah Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua, melibatkan jajaran sepanjang 87.7km yang dikenal pasti sering berdepan kesesakan.

Kurangkan Kesesakan, Pertukaran Lorong Bahaya

PLUS menjangka pelaksanaan fasa pertama itu mampu mengurangkan kesesakan di plaza tol selain meminimum situasi pertukaran lorong saat akhir yang berisiko tinggi kepada keselamatan pengguna lebuh raya.

Pendekatan tol pembayaran terbuka itu juga memberi fleksibiliti lebih besar kepada pemandu, terutama ketika waktu puncak dan musim perayaan.

Sistem ANPR Dipacu AI, Pembelajaran Mesin

Kamera ANPR yang dipasang di plaza tol akan merakam nombor pendaftaran kenderaan, sebelum caj tol diproses secara automatik melalui platform pembayaran mudah alih yang dipaut kepada kaedah bayaran pilihan pengguna.

Disokong teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin, sistem tersebut direka untuk mengenal pasti kenderaan dalam pelbagai keadaan operasi termasuk cuaca, kelajuan, sudut pandangan dan plat nombor tidak standard, dengan ketepatan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Aplikasi JustGO Malaysia jadi platform utama

Aplikasi JustGO

Bagi menggunakan sistem itu, pengguna perlu memuat turun aplikasi mudah alih JustGO Malaysia, mendaftarkan kenderaan, dan memautkan kaedah pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.

Tiada peranti tambahan diperlukan dan tiada kos pendahuluan dikenakan kepada pengguna, sekali gus membolehkan pemandu menggunakan lebuh raya seperti biasa tanpa perlu berhenti di plaza tol.

Banyak Pilihan Bayaran Bakal Diperkenal

26 lebuh raya Malaysia guna sistem tol pembayaran terbuka (SPT)

Aplikasi JustGO Malaysia berfungsi sebagai platform pembayaran terbuka digital yang dirancang untuk dimiliki bersama industri lebuh raya, selari aspirasi Kerajaan untuk menyediakan pilihan pembayaran tol yang lebih fleksibel.

Selain kad debit dan kad kredit, kaedah pembayaran lain seperti e-dompet dan perbankan dalam talian dijangka diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Fungsi e-Invois, Sokongan Sistem Sedia Ada

Di luar fungsi pembayaran tol, aplikasi JustGO Malaysia turut menawarkan kemudahan e-invois kepada pengguna, khususnya untuk kegunaan perniagaan dan tuntutan kos perjalanan.

Pada masa sama, pengguna masih boleh meneruskan penggunaan kaedah pembayaran sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan RFID, yang akan terus beroperasi sepanjang tempoh projek perintis berkenaan.

Ujian Sejak 2024, Halangan Kekal Buat Sementara

PLUS mula projek rintis ANPR

Menurut PLUS, ujian menyeluruh sistem ANPR sudah dijalankan sejak September 2024, dengan keputusan menunjukkan kadar pengesanan lebih pantas berbanding sistem tol sedia ada berikutan liputan kamera lebih luas di plaza tol.

Ujian tersebut dilaksana dengan kerjasama rapat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan konsesi lebuh raya lain, dengan palang tol masih dikekalkan buat sementara waktu.

Kelajuan Disaran 20 – 25kmj di Plaza Tol

Logo PLUS

Sepanjang tempoh perintis, pengguna dinasihatkan mengekalkan kelajuan antara 20 – 25kmj ketika melalui plaza tol tanpa perlu berhenti sepenuhnya.

Maklumat lanjut mengenai projek rintis ANPR itu boleh diperoleh menerusi laman web justgo.com.my atau dengan menghubungi [email protected].

SUMBER: PLUSMalaysiaBerhad

Alor Setar Utara Auto Terkini Automated Number Plate Recognition (ANPR) Bertam Gurun Hutan Kampung Lebuhraya Utara-Selatan Multi Lane Fast Flow (MLFF) North-South Expressway (NSE) Pendang Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR) PLUS Malaysia Berhad sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Sungai Dua Sungai Petani Selatan Sungai Petani Utara
Shazwan Hisam

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.