Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Akan Tutup RnR Jika Sesak Melampau, Gesa Pulang Ikut Jadual Perjalanan
Auto Terkini

PLUS Akan Tutup RnR Jika Sesak Melampau, Gesa Pulang Ikut Jadual Perjalanan

Han OthmanBy Han Othman30/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGENDALI Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mungkin menutup sementara kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah tertentu jika berlaku kesesakan aliran trafik yang dijangka meningkat menjelang sambutan Aidiladha esok.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS, Mohd Yusoff Abdul Aziz berkata, keputusan itu diambil selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Kawasan rehat yang ditutup sementara akibat kesesakan akan dibuka secepat mungkin selepas pemantauan dan pemeriksaan dilakukan bagi memastikan semua selamat untuk digunakan pengguna lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengumuman mengenai kawasan rehat yang ditutup sementara akan dipaparkan di papan tanda elektronik yang disediakan di lebuh raya, termasuk menerusi akaun Twitter rasmi dan aplikasi PLUS.

BACA >>> Penduduk Semenanjung, Sabah Boleh Balik Raya Haji, Sarawak Kena Minta Izin Polis

BALIK DAN PULANG IKUT JADUAL

Sementara itu, PLUS turut menyediakan Jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya sepanjang curi Aidiladha ini.

PLUS mencadangkan, penduduk Lembah Klang yang mahu ke Perlis, Kedah Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor pada 29-30 Julai ini, bolehlah bergerak pulang sebelum jam 10 pagi. Bagi pengguna ke kawasan selain disebut pula disarankan bergerak selepas jam 2 petang.

Bagi perjalanan pulang dari negeri-negeri yang disebut di atas ke Lembah Klang pada 1-3 Ogos pula disarankan bergerak sebelum jam 9 pagi pada tarikh dimaklumkan.

JAGA SOP, JARAK SOSIAL

Bagi memastikan perjalanan kekal lancar dan selamat, PLUS menasihatkan pengguna supaya:

  • Buat prapesanan makanan di RnR menggunakan aplikasi orderdisini
  • Pastikan baki kad Touch ‘N Go mencukupi
  • Rehat secukupnya sebelum memandu
  • Pastikan kenderaan dalam keadaan baik
  • Pandu cermat dan patuhi had laju
  • Berhenti rehat setiap dua jam di RnR
  • Jaga penjarakan sosial di semua RnR
Aidiladha 2020 Auto Terkini Covid-19 Jadual  Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Jadual Balik Kampung Aidiladha 2020 Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Mohd Yusoff Abdul Aziz PLUS PLUS Malaysia Berhad (PLUS) RnR
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.