• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PKPB: Isuzu Percepat Serah 300 Unit Tempahan Kepada Pelanggan Awal

PKPB: Isuzu Percepat Serah 300 Unit Tempahan Kepada Pelanggan Awal

May 19, 2020 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter

ISUZU Malaysia memberikan keutamaan untuk mempercepatkan serahan kenderaan, terutama kepada pelanggan yang membuat tempahan sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu bermula.

Sebanyak 300 tempahan diterima sebelum PKP dikuatkuasakan, dan kini Isuzu Malaysia sedang bekerja keras untuk memastikan tempoh memproses model tersebut dapat dicepatkan, bermula dari kilang pemasangan di Pekan, Pahang hingga ke pengedar seluruh negara.

Proses serahan juga diperbaharui dan disesuaikan bagi memastikan pelanggan dan staf dilindungi serta selamat. Ini selari prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Antara SOP tersebut ialah merekodkan suhu badan pekerja sebelum memulakan tugas, mewajibkan pemakaian pelitup muka, sanitasi setiap permukaan sentuhan di premis sebanyak tiga kali sehari sehari, manakala kenderaan yang dipamerkan, atau milik pelanggan akan disanitasi selepas disentuh.

Semua pengunjung di cawangan Isuzu juga akan diambil bacaan suhu badan menggunakan termometer inframerah. Cecair sanitasi tangan dan pelitup muka turut disediakan di semua premis jualan. Pelanggan yang datang untuk mengambil kenderaan baharu pula akan dimaklumkan penasihat jualan tentang tarikh serahan supaya situasi di premis terkawal dan tidak sesak.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

pusat jualan isuzu (1)
pusat jualan isuzu
Isuzu D-Max_4

Sementara itu, waranti kenderaan pelanggan Isuzu yang tamat dalam tempoh PKP secara automatik akan menikmati lanjutan perlindungan selama 30 hari, bermula 13 Mei 2020. Bagi kenderaan yang sudah terlepas jadual servis, jangan bimbang kerana jaminan kenderaan tidak akan terkesan disebabkan kelewatan tersebut.

Pelanggan yang mahu menghantar kenderaan untuk diservis dinasihatkan membuat janji temu terlebih dulu dengan Pusat Servis Isuzu rasmi. Pelanggan yang berminat boleh membuat janji temu menerusi laman Facebook IsuzuMalaysia.

BACA >>> Isuzu D-Max 1.9L Single Cab Lengkap Cabaran 1,000km dengan Muatan 1 Tan

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, autoterkini, Covid-19, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pusat jualan, tempahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my