• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Peugeot Speedfight 20 Edition, Tidak Dijual di Malaysia

Peugeot Speedfight 20 Edition, Tidak Dijual di Malaysia

March 25, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JENAMA Peugeot di Malaysia hanya menawarkan produk empat roda. Tahukah anda, pengeluar automotif dari Perancis itu turut mengeluarkan produk motosikal? Jiran di seberang, Indonesia adalah antara negara yang baru saja membawa masuk model skuter Peugeot tahun lalu.

Terkini, Eropah menerima skuter Peugeot Speedfight 20 Edition, di mana tanda nama Speedfight boleh dianggap sebagai model ikonik dalam segmen skuter di Perancis. Apa tidaknya, produk tersebut bertahan selama dua dekad dengan rekod jualan mencecah lebih 500, 000 unit.

Jadi, sempena meraikan kejayaan itu, Peugeot memperkenalkan edisi khas Peugeot Speedfight 20 Edition yang menerima beberapa pengemaskinian pada bahagian pelana dengan dua jahitan, kowl penumpang belakang boleh ditanggal, pemijak kaki aluminium dan sistem ekzos sports Snakebike. Imej elegan skuter itu pula diserlahkan dengan lampu depan parabola berkembar dan gaya tajam tidak ubah seperti mata helang sedang mencari mangsa. Bahagian badan disembur cat merah dan putih bersama lambang 20 Edition.

Peugeot turut melengkapkan Speedfight dengan trip komputer, indikator LED dan lampu belakang berserta penutup minyak gaya aviator.

Bahagian papan pemuka siap tersedia port USB dan soket 12 volt bersama pemegang telefon pintar, manakala ruang di sebalik bawah pelana cukup untuk memuatkan topi keledar muka penuh. Peugeot Speedfight 20 Edition seberat 97kg itu didatangkan dengan enjin 50cc penyejukan cecair pada harga £2,199 (RM10,483) seunit, £100 (RM552) lebih mahal berbanding model standard.

GALERI

Peugeot-Speedfight-20Edition-7
Peugeot-speedfight (1)
Peugeot-Speedfight-20Edition-4
Peugeot-Speedfight-20Edition-10
Peugeot-speedfight (2)
Peugeot-Speedfight-20Edition-6
Peugeot-Speedfight-20Edition-8
Peugeot-Speedfight-20Edition-5
Peugeot-Speedfight-20Edition-9
Peugeot-speedfight (3)

 

Artikel Berkaitan

250
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Peugeot, Peugeot Speedfight 20 Edition, skuter, skuter Peugeot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my