• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'Peugeot Russell Square' - Pondok Telefon Jadi Kedai Jual Kereta

'Peugeot Russell Square' - Pondok Telefon Jadi Kedai Jual Kereta

September 7, 2017 By AO Leave a Comment

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDANGKAN April Fool sudah berlalu, jadi berita terbaru ini boleh disahkan sebagai benar dan real. Peugeot tidak lama lagi bakal melancarkan rangkaian jualan kereta baharu yang menggunakan pondok telefon British klasik sebagai premis.

Premis jualan kereta terkecil dunia itu bakal menggunakan pondok telefon daripada siri K6, berketinggian 2.51 meter, yang sememangnya terkenal sebagai antara binaan ikonik Britain. Pusat jualan pertama nanti berlokasi di Russel Square dalam ibu kota London dan akan dibuka pada 12 September ini.

PONDOK TEMPAH KERETA

‘Peugeot Russell Square’ akan hanya dibuka kepada pengguna yang memiliki kod khas yang diperoleh daripada laman web tertentu. Di dalam pondok tersebut, pengguna akan menggunakan peranti tablet yang disambungkan kepada portal e-dagang, di mana mereka boleh melayari apa saja tentang kereta Peugeot baharu, termasuk membuat pinjaman dan tempahan.

Bagi keselesaan, pengguna disediakan kerusi, meja dan ruang kecil yang siap diletakkan model skala 1:64 Peugeot, serta juga ada sambungan Wifi untuk iPad.

peugeot-booth-london-iii
peugeot-booth-london-ii
peugeot-booth-london-i

Pondok kereta tersebut muncul selepas Peugeot melancarkan sistem tempahan kereta atas talian pada Januari lalu yang menurut pengeluar dari Perancis itu mendapat maklum balas baik daripada kalangan pelanggan. Menurut Peugeot lagi, Khamis tengah hari adalah masa paling popular membuat tempahan Peugeot baharu.

Ruang premis itu, yang berkeluasan 08. meter persegi, akan dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga tengah malam selagi tiada kesalahan vandalisme berlaku. 😛

Peugeot Russell Square akan dibuka hingga penghujung September ini. Jadi, jika anda warga London atau menetap di ibu kota Inggeris itu, anda kini ada bilik khas di luar rumah untuk berfikir dengan tenang sebelum membeli kereta baharu.

SUMBER: Car Throttle

12
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Pengedar, Peugeot, Peugeot Russell Square, pondok telefon British, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my