Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot e-Legend Concept – Gaya Retro 70-an dengan Teknologi EV Prestasi Tinggi
Roda4

Peugeot e-Legend Concept – Gaya Retro 70-an dengan Teknologi EV Prestasi Tinggi

Abang HirataBy Abang Hirata26/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TREND dunia hari ini adalah kembali ke zaman dahulu. Daripada fesyen, hiasan dalaman hingga rekabentuk kenderaan yang tidak terlepas menerima pengaruh retro dan klasik. Dalam dunia automotif, rekabentuk motosikal paling ketara. Pengeluar seperti Honda, Kawasaki, BMW, Bajaj, Ducati dan sejumlah jenama China mengeluarkan model khas untuk merebut pasaran dalam trend tersebut.

Pengeluar kereta juga tidak ketinggalan, dan sentiasa konsisten dengan menawarkan model legenda dan ikonik diperbaharui seperti MINI Cooper, Volkswagen Beetle dan Fiat 500. Kebelakangan ini, trend tersebut makin jelas diikuti dan paling terbaharu, Suzuki melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Jimny dengan gaya retro.

BACA >>> #PanduUji: Peugeot 508 (2019), Bukan Lagi Sedan Orang Tua

Bagaimana pula pengeluar lain? Honda sebelum ini tampil dengan kereta EV Concept yang diilhamkan daripada Civic Hatchback klasik dan dijangka menemui peminatnya tahun depan.

KONSEP RETRO GAYA PEUGEOT

Trend sama terus hangat apabila Peugeot tampil mendedahkan model e-Legend Concept pada Pameran Motor Paris 2018, awal bulan depan. Sekali imbas kereta gaya retro itu seakan mirip Datsun IDx Nismo Concept yang ditayangkan pada 2014.

Kenapa sama? Faktanya, kedua-dua model itu dipasarkan pada era sama – 70-an dan tidak hairanlah kenapa model itu ada persamaan. e-Legend Concept dikatakan mengambil ilham daripada Peugeot 504 Coupé (1969) rekaan firma rekabentuk tersohor, Pininfarina.

BACA >>> Jaguar XK120 SE Ini Ambil Masa 6,725 Jam Dibaik Pulih – Menang Anugerah ‘Restoration of the Year’

Sama seperti Honda EV Concept, model Peugeot itu dikuasakan teknologi canggih dalam jasad retro. Apa yang menarik tentang e-Legend Concept?

  • Dikuasakan trenkuasa elektrik 100 peratus.
  • Bateri 100kWh membekalkan tork 800Nm tork dan kuasa 455hp.
  • Menggunakan sistem pacuan empat roda (4WD).
  • Pecutan 0-100kmj dibuat sepantas kurang 4 saat dengan kelajuan maksimum 220kmj.
  • Jarak perjalanan hingga 600km mengikut protokol Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Seduani (WLTP).
  • Jarak perjalanan hingga 500km boleh dicapai melalui pengecasan pantas.
  • Ada 4 mod pemanduan: 2 Autonomous dan 2 Manual
  • SOFT dan SHARP (Autonomous); LEGEND dan BOOST (Manual)
  • Skrin tengah bersaiz 49 inci!
GALERI
EV Kenderaan Elektrik (EV) kereta konsep Konsep EV Peugeot Peugeot e-LEGEND CONCEPT Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.