Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!
Roda4

Peugeot 5008 (2020) Diperkenal dengan Rupa Depan Lebih Agresif, Penuh Seni!

Abang HirataBy Abang Hirata10/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PEUGEOT baru saja memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) 3008 versi dipertingkat (facelift) dengan gaya depan unit. Rupa-rupanya ada ‘abang besar’ akan menyusul, iaitu 5008 pula.

Sebelum ini kedua-dua SUV itu menggunakan rupa depan sama dan formula itu nampaknya diteruskan untuk model facelift, yang mana bahagian depan 5008 tampil sama seperti 3008.

BACA >>> Bocor Imej Peugeot 3008 (2021) Facelift dengan Gril Gaya Baharu

Gril depan yang mendominasi bampar didatangkan tanpa frem, manakala lampu siang (DRL) LED dalam bentuk menegak turut digunakan sebagai lampu signal. Lampu utama pula tidak seperti dulu dan kini menampilkan rekabentuk tunggal dan dilengkapi teknologi LED utnuk semua varian.

Bahagian belakang menerima lampu LED penuh dengan rekaan tiga cakar ikonik Peugeot dan nyalaan lampu signal berturutan (sekuensial). Lampu belakang tampak garang dengan cermin gelap yang bersambung dari kanan ke kiri.

Keseluruhannya, 5008 tampil garang dengan bumbung hitam, termasuk pilar-A, -B dan -C. Selain itu ada dua warna baharu, Celebes Blue dan Metallic Copper.  Peugeot turut memperkenalkan pakej Black Pack untuk 5008 GT dan GT Premium dengan komponen hitam dan rim 19 inci dalam kemasan Washington Black Onyx dan Black Mist.

BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

Bahagian dalaman i-Cockpit® ala jet pejuang kini dengan paparan instrumen digital saiz 12.3 inci boleh laras penuh dan satu lagi skrin warna definisi tinggi (HD) 10 inci. Stereng lebih kecil untuk dinamika pemanduan lebih baik dan pemandu boleh memilih tiga mod pemanduan Normal, Sport dan Eco melalui Drive Mode Selector pada konsol tengah.

Bagi kemasan dalaman, pembeli ditawarkan:

  • Kulit Nappa Merah (GT / GT Premium)
  • Efek kulit Hitam Mistral / lining Alcantara® (GT / GT Premium)
  • Kulit Mistral Nappa dengan sulaman Tramontane (Allure dan ke atas)
  • Efek kulit dan tekstil Colyn (Allure / Allure Premium)

Cermin pandang belakang tanpai frem khusus untuk varian GT dan GT Premium. Berbeza 3008, model 5008 mempunyai tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan hingga tujuh penumpang. Kerusi baris kedua jenis individu dengan fungsi laras penuh dan penyandar boleh lipat penuh.

Kerusi baris ketiga juga boleh dilipat penuh. Bagi mendapatkan ekstra ruang, kerusi penumpang depan boleh dilaraskan ke depan untuk memuatkan objek hingga 3.2 meter panjang.

Saiz but seluas 780 liter hingga 1,940 liter mengikut konfigurasi kerusi. Berikut pilihan trenkuasa dan varian 5008 (2020)

Petrol
  • 1.2L PureTech 130 S&S, manual 6-kelajuan manual
  • 1.2L PureTech 130 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
  • 1.6L PureTech 180, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
Diesel
  • 1.5L BlueHDi 130 S&S, manual 6-kelajuan
  • 1.5L BlueHDi 130 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
  • 2.0L BlueHDi 180 S&S, automatik manual (AMT) 8-kelajuan
Varian
  • Active, Active Premium
  • Allure, Allure Premium
  • GT, GT Premium

Bagi teknologi keselamatan, selain ciri bantuan pemanduan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan pelbagai sistem canggih, 5008 didatangkan dengan fungsi Pandang Malam (Night Vision) yang mampu mengesan pejalan kaki atau haiwan sejauh 200 meter melebihi skop lampu utama. Sistem itu dibantu teknologi infra merah dan peringatan akan dipaparkan pada paparan instrumen 12.3 inci di depan pemandu.

5008 ada dijual di pasaran tempatan dan, dan dijual pada harga RM173,888 ketika dilancarkan pada April 2018, termasuk GST, tanpa insurans.

Pada Ogos 2019, varian 5008 Plus Active diperkenalkan dan harga lebih rendah, iaitu RM166,888, manakala 5008 Plus (Allure) berharga RM179,888.

BACA >>> #BikinKereta: Peugeot 3008 Edisi Serba Lasak, Mampu Redah Sungai, Bukit dan Hutan

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Peugeot Peugeot 5008 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.