PETRONAS Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pemberhentian operasi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) hanya melibatkan bahagian yang melalui Lawas, Limbang, Miri, dan Bintulu di Sarawak.
Dalam kenyataan semalam, Petronas menjelaskan bahagian lain SSGP akan terus beroperasi seperti biasa.
Keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh mengenai kebolehlaksanaan bahagian tertentu SSGP dengan mengambil kira cabaran persekitaran yang semakin buruk dan memberi kesan terhadap keselamatan dan integriti kawasan sekitar.
Petronas juga memberi jaminan pemberhentian separa itu tidak akan menjejaskan komitmen untuk memastikan bekalan tenaga yang stabil dan memenuhi obligasi kontrak.
Syarikat itu turut menegaskan komitmen berterusan untuk melabur di Sabah dan Sarawak dalam projek berkaitan minyak, gas, dan tenaga.
Terdahulu, pada 29 Januari, Petronas mengumumkan kajian penyahtauliahan aset matang dalam operasi huluan, termasuk SSGP untuk menilai potensi guna semula aset tidak digunakan.
SUMBER: AstroAwani
Leave a Reply