Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petron Lancar Kempen Pam & Menang ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’!
Auto Terkini

Petron Lancar Kempen Pam & Menang ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’!

FikriBy Fikri20/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMPEN Pam dan Menang ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ anjuran Petron Malaysia kembali yang kali ini melibatkan kerjasama Pertubuhan Pelancongan Koren (KTO) dan ONE TV Asia.

Kempen ini bermula 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024 dengan menawarkan hadiah utama percutian ke Korea Selatan selama enam hari lima malam, termasuk wang saku tunai RM2,000, dan berjumpa selebriti Korea kegemaran secara nyata.

Ketua Perniagaan Runcit Petron Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek sedia maklum mengenai fenomena ‘Hallyu’ yang melanda dunia.

Korea muncul sebagai salah satu destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia. Kerjasama Petron dengan KTO dan ONE TV Asia datang pada masa sesuai kerana kami mensasarkan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan pengalaman budaya menarik, termasuk lawatan ke tarikan pelancong popular, hidangan kulinari dan lawatan studio TV secara eksklusif.”

Kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ kali pertama dilancarkan pada 2021 sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Petron menerusi pakej percutian selepas dihentikan akibat pandemik Covid-19.

Petron bekerjasama dengan Tourism Malaysia menawarkan pakej pelancongan menarik ke destinasi tempatan. Tahun ini, ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ mensasarkan memberi ganjaran kepada 62 pemenang bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM250,000 sepanjang tempoh kempen selama tiga bulan.

Kempen ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ dilancarkan pada 14 Disember lalu di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur, diketuai Shaliza, Pengarah Urusan KTO, Moon Sangho, dan Pengarah Eksekutif Media dan Tajaan One TV Asia, Edith Goh.

Penyanyi dan pelakon berbakat Malaysia, Alvin Chong diumum sebagai pengiring semua pemenang ke Seoul kelak.

Maklumat lanjut mengenai kempen tersebut boleh layari www.petronmiles.com.my.

Auto Terkini Jom Jalan-Jalan Seoul Kempen Pam dan Menang Petron korea ONE TV Asia Pertubuhan Pelancongan Koren (KTO) Petron Malaysia Tourism Malaysia
Fikri

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Geely EX5 Max Dilancar di Thailand, EV SUV Segmen C dengan Jarak Hingga 525 km

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.