• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Persatuan Industri Kecam Datuk Bandar Tidak Peduli Nasib Penunggang Motor London

Persatuan Industri Kecam Datuk Bandar Tidak Peduli Nasib Penunggang Motor London

March 7, 2018 By Admin 1 Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSATUAN Industri Permotoran (MCIA) di Britain mengecam Datuk Bandar London, Sadiq Khan berikutan kegagalan beliau memasukkan golongan penunggang motosikal dalam strategi pengangkutan London.

Menurut MCIA, pengabaian manfaat pengangkutan dua roda dalam strategi agensi penguatkuasaan pengangkutan London, Transport of London (TfL) meletakkan golongan penunggang motosikal dalam risiko bahaya nyawa. Antaranya seperti mengurangkan lebar jalan untuk laluan jentera dua roda yang boleh mencetuskan bahaya.

BACA >>> Kerajaan Bogota Haramkan Pembonceng Motosikal Lelaki Masuk Bandar, Rakyat Protes!

MCIA turut menyelar Sadiq atas kegagalan beliau menyusun dasar yang konsisten seperti akses laluan bas untuk penunggang, termasuk mengabaikan manfaat alam sekitar yang ada pada kenderaan dua roda.

ADA AGENDA SENDIRI

Transport - Bikers Protest at Parking Charges - London
motosikal-london-2
motosikal-london-3

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MCIA, Tony Campbell berkata, Sadiq memang ada agenda tersendiri untuk motosikal dan skuter. Malangnya,  beliau tidak menunjukkan pendirian jelas kepada golongan penunggang di London yang memilihnya sebagai Datuk Bandar.

Malah menurut Campbell, Sadiq sebelum ini pernah mengakui sumbangan penunggang motosikal dalam mengurangkan masalah kesesakan trafik di London. Menurutnya lagi, dalam perjumpaan dengan MCIA, Datuk Bandar London itu bersetuju mengkaji semula Strategi Pengangkutan di ibu kota tersebut dengan mengambil kira maklum balas diterima sepanjang tempoh rundingan.

"Namun apa yang mengecewakan, beliau sekali lagi memutuskan mengabaikan apa yang jelas untuk dasar pengangkutan," katanya.

Pada 23 Januari lalu, Sadiq mengadakan persidangan antara pengeluar dan wakil industri motosikal untuk menggesa masing-masing membantu mengurangkan kadar jenayah motosikal.

SUMBER: MCN

Artikel Berkaitan

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: auto terkini, Datuk Bandar London, Persatuan Industri Motosikal (MCIA), roda2, Sadiq Khan, Transport for London (TfL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my