Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Persatuan Automotif: Kenaikan Tarif Elektrik, Gaji Minimum Akan Naikkan Harga Kereta
Auto Terkini

Persatuan Automotif: Kenaikan Tarif Elektrik, Gaji Minimum Akan Naikkan Harga Kereta

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize29/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR komponen automotif memohon penangguhan kenaikan mengejut tarif elektrik sebanyak 566 peratus kepada 20 sen dan 27.7 sen/kWh pada awal tahun depan berbanding 3 sen/kWh sekarang.

Presiden Persatuan Pembekal Perodua (P2SA), Helmi Sheikh Mahmood berkata, peningkatan itu bakal memberi kesan kepada seluruh industri automotif tanpa mengira besar atau kecil.

BACA >>> Harga Kereta CKD Naik Sehingga 20 Peratus Tahun Depan?

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersama bagi pihak Persatuan Vendor Proton (PVA), Kelab Pembekal Toyota (TSC), Kelab Pembekal Honda Malaysia (HMSC) dan Persatuan Pembuat Alat Komponen Kereta (MACPMA).

Menurutnya, pengeluar komponen automotif tempatan memahami objektif Kerajaan menghapuskan subsidi kepada industri yang menggunakan voltan sederhana dan voltan tinggi bagi mengurangkan impak kos akibat peningkatan harga arang kepada sektor tenaga negara.

Namun, kesan tarif yang bakal diperkenalkan dan impak pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) terlalu berat untuk kami pikul,” katanya.

Menurutnya, pindaan akta itu memberi kesan tinggi kepada kos operasi industri selain peningkatan gaji minimum 25 peratus kepada RM1,500 daripada RM1,200 sebelum ini.

Malah, tindakan Kerajaan menurunkan jumlah bekerja kepada 45 jam seminggu daripada 48 jam sebelum ini juga menyebabkan peningkatan kos lebih masa.

Kedua-dua faktor itu, iaitu peningkatan tarif dan pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) tidak dapat diserapkan ahli hingga terpaksa menurunkan peningkatan kos kepada pelanggan.

Ini memberi kesan buruk kepada industri automotif kerana akan meningkatkan harga kenderaan secara mendadak.

Kami juga ingin berbakti demi negara dan kami memohon pihak Kerajaan menangguhkan pelaksanaan kenaikan tarif elektrik serta bekerjasama dengan kami demi memastikan sebarang perubahan polisi, undang-undang, insentif, tarif atau/dan initiatif lain akan memberikan kesan diingini,” katanya.

BACA >>> Perodua Tiada Pelan Naikkan Harga Kereta, Tapi Cuba Turunkan Harga Alat Ganti
BACA >>> Pakar: Harga Kereta Elektrik Bakal Sama dengan Kereta Petrol pada 2023

alat ganti gaji minimum Helmi Sheikh Mahmood pengeluar komponen automotif tarif elektrik
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.