Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Perodua QV-E 2026 Raih Rating 5-Bintang Asean NCAP
Kenderaan Elektrik (EV)

Perodua QV-E 2026 Raih Rating 5-Bintang Asean NCAP

Han OthmanBy Han Othman02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP

KENDERAAN elektrik (EV) nasional pertama negara, Perodua QV-E 2026 mencipta sejarah apabila meraih rating keselamatan tertinggi 5-bintang Asean NCAP di bawah protokol penilaian 2021–2025.

Ini mengukuhkan reputasi Perodua sebagai pengeluar tempatan yang serius dalam keselamatan, inovasi dan teknologi elektrifikasi.

Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP

EV ini kali pertama diperkenalkan sebagai model konsep di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, sebelum dilancarkan secara rasmi pada 1 Disember 2025 (semalam).

Asean NCAP kini mengesahkan QV-E memenuhi, malah melepasi piawaian keselamatan serantau dengan keputusan ujian yang sangat memberangsangkan.

Skor Keselamatan Mengagumkan, 88.36 Mata Keseluruhan

Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP

Perodua QV-E 2026 mencatat jumlah 88.36 mata, merangkumi empat kategori utama:

  • Perlindungan Dewasa (AOP): 36.63 mata
  • Perlindungan Kanak-Kanak (COP): 16.73 mata
  • Keselamatan Bantuan Pemandu (SA): 20.00 mata
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): 15.00 mata

Ini meletakkan QV-E sebagai antara model paling selamat dalam segmen, yang bukan hanya di Malaysia, malah rantau Asia Tenggara.

Standard Keselamatan Menyeluruh Seperti Model Premium

Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP

Sebagai EV pertama buatan Malaysia, Perodua QV-E 2026 hadir dengan pakej keselamatan penuh tanpa kompromi, walaupun dipasarkan sebagai model mampu milik.

Ciri keselamatan standard seperti:

  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Pengingat Tali Keledar (SBR) – untuk semua tempat duduk
  • Pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX
  • Perlindungan Pejalan Kaki (PP)
  • Pengesan Penumpang Kerusi Belakang (RSOD)
  • Pengesan Kehadiran Kanak-Kanak (CPD) – teknologi pengesanan terus (direct sensing)

Menariknya, QV-E ialah model Malaysia pertama yang dinilai Asean NCAP untuk fungsi CPD, iaitu teknologi yang boleh mengesan pergerakan, pernafasan dan kehadiran kanak-kanak/haiwan peliharaan dalam kereta, termasuk di bawah selimut atau fabrik.

Ini ialah jawapan kepada isu global mengenai tragedi ‘tertinggal anak dalam kereta’.

Teknologi ADAS Penuh Sebagai Standard!

Semua Teknologi Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) pada Perodua QV-E 2026 ditawarkan sebagai standard, seperti:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar (AEB City) dan Antara Bandar (AEB Inter-Urban)
  • Amaran Perlanggaran Depan(FCW)
  • Amaran Tukar Lorong  (LDW)
  • Elak Tukar Lorong (LDP)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD) – sisi pemandu dan penumpang
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)

Pakej itu biasanya hanya boleh ditemui pada EV lebih mahal, sekali gus menjadikan QV-E antara model paling bernilai dalam kategori keselamatan.

Kejayaan Nasional, Bukti Inovasi Tempatan

Logo Asean NCAP

Asean NCAP memuji pencapaian Perodua kerana berjaya menghasilkan EV yang bukan saja mesra pengguna, tetapi juga meletakkan keselamatan sebagai keutamaan utama.

QV-E dianggap contoh terbaik kereta rakyat buatan Malaysia yang mampu memenuhi piawaian antarabangsa, sejajar aspirasi Kerajaan membina ekosistem EV tempatan.

Perodua juga membuktikan kemampuan industri automotif negara apabila berjaya membangunkan QV-E dalam tempoh hanya 28 bulan, hasil kerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan vendor tempatan.

Aspirasi Mobiliti Selamat Malaysia

Dengan skor cemerlang dan ciri keselamatan komprehensif, Perodua QV-E 2026 menjadi asas kukuh kepada EV masa depan Malaysia, dan simbol kemampuan anak tempatan menghasilkan produk setaraf global.

Asean NCAP dan MIROS turut mengucapkan tahniah kepada Perodua atas pencapaian bersejarah itu.

Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Perodua QV-E 2026 | Asean NCAP
Auto Terkini EV EV Perodua Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kenderaan Elektrik (EV) Perodua Perodua QV-E Perodua QV-E 2026 Perodua QV-E 5-Bintang Asean NCAP Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Lepas L4 tayang di BIMS 2026
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.