Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Pecah Sasaran, Jual Lebih 282k Kenderaan Sepanjang 2022
Auto Terkini

Perodua Pecah Sasaran, Jual Lebih 282k Kenderaan Sepanjang 2022

ShawkathBy Shawkath05/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA menjual 282,019 unit kenderaan sepanjang 2022, meningkat 48.2 peratus berbanding tahun sebelumnya (190,291 unit), iaitu pada 2021.

Jumlah pengeluaran meningkat 49.5 peratus kepada 289,054 unit dengan jumlah kenderaan diselenggara Perodua 2.6 juta unit, iaitu kenaikan 30 peratus berbanding 2021.

BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
BACA >>> Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian Perodua disebabkan sokongan industri automotif Malaysia yang memikul tanggungjawab bersama untuk memaksimumkan potensi dan jangkaan pelanggan tahun lalu.

Beliau berkata;

Industri membuat penilaian semula dan daripada poin pengajaran diperoleh ketika pandemik dan kami sedar kami perlu ambil langkah ke depan untuk pulih pada 2021.”

Perodua

Zainal Abidin menjelaskan Perodua dan rakan-rakan bisnes mengharungi cabaran dengan mencatat pertumbuhan walaupun berdepan gangguan sepanjang tahun akibat banjir, kekurangan pekerja di pihak pembekal disebabkan krisis Covid-19, kekurangan cip semikonduktor dan kenaikan harga bahan mentah.

Mengenai pelan masa depan, Perodua dan rakan-rakan bisnes akan memanfaat pencapaian pertumbuhan tahun lalu dan mengembangkan kapasiti. Menurutnya;

Untuk semua ini menjadi nyata, kami harap harga material dan bahan api dapat diurus, pada masa sama, kami juga harap pertukaran asing dan kadar bunga mesra pertumbuhan industri.”

Beliau berkata lagi, Perodua akan mengekalkan harga kenderaan jika semua perkara di atas kekal pada kadar yang dapat diterima pengeluar nasional itu, sekurang-kurangnya buat masa ini.

BACA >>> Perodua Axia 2023 (D74A) Bakal Dilancarkan Februari Ini, 5 Varian Ditawarkan

Zainal Abidin juga menyatakan Perodua akan terus memperkenalkan teknologi baharu pada produk masa depan, termasuk servis dan akan terus melabur untuk inovasi dalam aspek operasi.

Sebagai tambahan, kami juga menggalakkan rakan-rakan, terutama pembekal dan pengedar kami untuk terus melabur dalam teknologi baharu supaya mereka boleh jadi lebih berdaya saing dan produktif.

“Kami akan umum senarai penuh sasaran pada bulan ini, tetapi saya mahu ambil kesempatan berterima kasih kepada Kerajaan atas sokongan berterusan, rakan niaga atas kesungguhan mereka, staf Perodua atas pengorbanan dan kerja keras, serta pelanggan yang memberi sokongan,” katanya.

BACA >>> Jualan Perodua Lepasi Sasaran 2022, Bezza Paling Laris!
BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?

Auto Terkini Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad Jualan Perodua 2022 Perodua
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. proton ipoh on 06/01/2023 00:23

    tahniah perodua

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.