Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Myvi Sudah 1 juta Unit Sejak 12 Tahun Lalu, Masih Lagi Laku Keras!
Auto Terkini

Perodua Myvi Sudah 1 juta Unit Sejak 12 Tahun Lalu, Masih Lagi Laku Keras!

Abang HirataBy Abang Hirata14/06/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Myvi sememangnya pilihan utama rakyat Malaysia sejak dilancarkan lebih 12 tahun lalu. Kini kereta kegemaran ramai itu melakar sejarah apabila mencapai pengeluaran ke sejuta unit.

Myvi juga ialah model paling banyak dikeluarkan Perodua. Malah, bukan sahaja dihasilkan untuk pasaran tempatan, tetapi turut dipasarkan ke enam negara dengan jumlah keseluruhan melebihi 35,000 unit.

Serentak pengeluaran Myvi yang ke sejuta unit pada hujung minggu lalu, Perodua mengadakan majlis khas di Kilang Sungai Choh, Rawang sempena meraikan kejayaan berkenaan. Selain disambut kakitangan Perodua, majlis turut dihadiri pengurusan tinggi, Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd (PCSB), Masanori Takahashi dan Naib Presiden PCSB, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

BACA >>> Daihatsu Indonesia ‘Sumpah’ Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)

Fakta Ringkas Perodua Myvi:
  • Mula dilancarkan pada Mei 2005.
  • Kereta terlaris sejak 2005 sehingga penghujung 2014.
  • Kekal sebagai antara kereta paling laris di Malaysia dalam segmen-B kompak.
  • Dieksport ke enam negara sejak 2006 – Mauritius, Brunei, Singapura, Britain, Fiji dan Nepal.
  • Di Indonesia, Myvi dipakejkan semula sebagai Daihatsu Sirion.
  • Indonesia ialah pasaran eksport terbesar dengan jualan hampir 31,000 sejak 2007.
  • Keseluruhan eksport Myvi dan Sirion sudah menjangkau 35,400 unit sejak 2006.

BACA >>> Inilah 4 Sebab Kenapa Perodua Myvi Laku Keras Walaupun Sudah 12 Tahun

Selain itu, bermula Januari hingga Mei tahun ini, Perodua sudah menjual 81,900 unit kenderaan berbanding 77,300 unit dalam tempoh sama pada 2016. Tidak hairanlah Perodua kini berkira-kira mahu menjual 202,000 unit kenderaan tahun ini!

Auto Terkini Myvi Perodua Perodua Myvi Perodua Myvi ke-1 juta Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Shah Perodua on 29/06/2017 20:01

    Tahniah myvi! Bulan ni myvi rebate paling tinggi! 🙂

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.