Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!
Auto Terkini

Perodua Axia (2023) Lancar Februari Ini dengan Gear D-CVT, Tiada Enjin Turbo dan Lebih Jimat!

SharilBy Sharil04/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

PERODUA Axia (2023)  dengan kod enjin D74A dikhabarkan bakal tiba Februari ini dan kami dimaklumkan model itu tidak akan ditawarkan dalam pilihan enjin turbo.

Ini bermakna harapan rakyat Malaysia untuk melihat kereta bandar itu dilengkapi enjin turbo seperti Perodua Ativa terpaksa dilupakan. Malah enjin tersebut dikatakan sama seperti model sedia ada, 1KR-VE atau lebih tepat, enjin aspirasi natural (NA) 1.0L DOHC berkuasa 67hp (50kW) @ 6,000rpm, dan tork 91Nm @ 4,400rpm.

BACA >>> Hon Tanda Terima Kasih, Tapi Pemandu Axia Bengang Sebab Tak Faham
BACA >>> Elak Parkir Dalam Lot OKU Tapi Letak Axia Atas Tanjakan, Apa Motifnya?

Pemilihan enjin 1KR-VE itu juga mengetepikan spekulasi Perodua Axia (2023) serba baharu akan dilengkapi enjin NA 1.2L WA-VE dengan output 84hp @ 6,000rpm dan tork 105Nm @ 4,200rpm, yang juga trenkuasa sama digunakan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize di Indonesia (kembar Ativa).

Antara penambahbaikan paling ketara Perodua Axia (2023) adalah penggunaan bahan api dipertingkat kepada 27.4km per liter (dengan Eco Idle) berbanding 21.6km per liter (automatik) dan 22.5km per liter (manual) untuk model semasa.

Bagi model tanpa ciri Eco Idle seperti varian G dan X, kecekapan penggunaan bahan api tetap dipertingkat kepada 25.3km per liter. Ini bermakna selain berpotensi mengekalkan gelaran kereta baharu termurah di Malaysia, Perodua Axia (2023) juga mampu menjadi kereta petrol paling jimat minyak.

Hatchback segmen-A itu turut menambah baik aspek penyenggaraan menerusi penggunaan bahan penyejuk (coolant) lebih tahan lama yang hanya perlu ditukar pada perbatuan 160,000km. Bagi penukaran kedua dan seterusya, pemilik perlu menukar pada perbatuan 80,000km.

Penukaran minyak transmisi pula masih sama, iaitu setiap 100,000km.

Lagi? Tiada lagi transmisi automatik konvensional 4E-AT, sebaliknya menggunakan kotak gear D-CVT, sama seperti terdapat pada model baharu Perodua, Ativa, Alza dan Myvi.

Sumber kami turut memaklumkan Perodua Axia (2023) dijangka dilancarkan awal Februari depan, atau lebih tepat, sebelum Hari Kekasih (Valentine’s Day) pada 14 Februari. Adakah model cilik itu sesuai dijadikan kekasih pertama untuk graduan dan golongan muda yang baru hendak berkereta?

BACA >>> Perodua Axia Style Masuk Pasaran Sri Lanka, Harga RM89k Sahaja!
BACA >>> #Videotomotif: Inilah 5 Sebab Perodua Axia Sesuai untuk Pemandu Wanita

1KR-VE Eco idle enjin perodua axia 2023 jimat minyak Penggunaan bahan api dipertingkat Perodua axia 2023
Sharil

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.