Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Brough Superior SS100 – Pernah Digelar ‘Motosikal Rolls Royce’, Kini Tampil Moden
Roda2

Brough Superior SS100 – Pernah Digelar ‘Motosikal Rolls Royce’, Kini Tampil Moden

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BROUGH Superior SS100 muncul kali pertama pada 2013 di Pameran Motosikal Milan (EICMA), Itali sebelum model konsep itu hilang tanpa khabar berita. Namun, selepas hampir tiga tahun menyepi, model itu muncul kembali. Kali ini berita baik, jentera itu khabarnya bakal memasuki barisan pengeluaran dengan tiga pilihan kemasan: Tradisional, Racing Full Black, dan Titanium.

Bagi menggerakkan jentera, pakar pembina motosikal, Boxer-Design memilih pengeluar enjin, Akira (yang pernah membangunkan Kawasaki ZX-10R Tom Sykes) untuk membikin enjin penyejukan cecair DOHC V-Twin bersudut 88° dengan sesaran 997cc berkuasa 128hp @ 7,800rpm dan tork 120Nm @ 6,400rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

BACA >>> Triumph Thruxton TFC (2019) – Cafe Racer Edisi Terhad yang Dijual 750 Unit Sahaja

Jentera seberat 186kg itu menggegarkan Eropah penghujung 2016 pada harga €50,000 (RM221,505). Ya, sememangnya cukup mahal bagi sebuah motosikal yang kental dengan tradisi klasik sejak 1939.

SEJARAH JENAMA BROUGH SUPERIOR

img3_history

  • Jenama Brough Superior ialah legasi seorang jurutera, pelumba dan ahli perniagaan, George Brough.
  • Jenama motosikal itu kali pertama dilancarkan pada 1919 di Nottingham, England. Model pertama Brough Superior dijual kepada umum pada 1921.
  • Brough Superior terkenal kerana prestasi, kualiti pembuatan dan pengendalian berbeza berbanding pesaingnya.
  • Jenama itu juga pernah dilabelkan sebagai ‘The Rolls Royce of Motor Cycles’, iaitu frasa yang terhasil apabila  seorang wakil Rolls Royce melawat fasiliti Brough Superior di Nottingham. Dalam lawatan itu, beliau melihat pekerja Brough Superior memakai sarung tangan putih ketika memasang produk. Situasi tersebut memberikan impak positif ke atas reputasi syarikat itu mengenai hasil kerja yang penuh ketelitian.
  • Brough menghentikan pengeluaran motosikal pada 1940. Kemudian pada 2008, lelaki Inggeris yang juga peminat motosikal, Mark Upham membeli jenama Brough Superior. Di sinilah pasukan baru Brough Superior membangunkan versi moden SS100 pada 2013 dengan mengekalkan keaslian model itu, terutama desain tangki minyak ikonik.
  • Model  SS100 dilancarkan pada 1924 dan menjadi tulang belakang jualan Brough Superior selama 20 tahun. Lencana SS membawa maksud ‘Super Sport’.

BACA >>> Motosikal Konsep Yamaha MOTOROiD Masuk Senarai Calon Red Dot Design Award 2018

GALERI
Brough Superior Brough Superior SS100 roda2 Rolls Royce of Motor Cycles
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.