Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Permintaan Tinggi, Toyota Australia Tangguh Tempahan Camry Hibrid
Auto Terkini

Permintaan Tinggi, Toyota Australia Tangguh Tempahan Camry Hibrid

Abang HirataBy Abang Hirata06/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Dek permintaan luar biasa, Toyota Australia mengambil keputusan untuk menangguhkan pengambilan tempahan Camry hibrid. Mana tidaknya, 90 peratus pelanggan memilih varian petrol-elektrik tersebut.

Walaupun pembekalan kebanyakan kenderaan baharu Toyota termasuk Camry hibrid memulih sejak Mei 2023, populariti kenderaan cekap bahan api yang ditawarkan Toyota mengakibatkan pelanggan perlu menunggu lebih dua tahun.

Dalam tempoh sembilan bulan sehingga 30 September 2023, penghantaran Camry berjumlah 7,130 unit dan 6,490 daripadanya dari varian hibrid.

Camry hibrid pasaran Australia dibahagikan kepada empat pilihan iaitu Ascent, Ascent Sport, SX dan SL.

Sedan saiz sederhana itu dibekalkan enjin A25A-FXS 2.5 liter kitaran Atkinson dan sepasang motor elektrik MG1 dan MG2 dengan kuasa maksimum 215 hp (160kW).

Enjin petrol menghasilkan 176 kuasa kuda (hp) pada 5,700 rpm dan tork 221Nm dari 3,600 sehingga 5,200 rpm. Motor elektrik pacuan MG2 mempunyai kuasa 88kW dan tork 202Nm. Kapasiti bateri ialah 4.0 ampere-jam (Ah).

Enjin Camry hibrid dipadan dengan kotak gear e-CVT yang berbeza daripada kotak gear automatik lapan kelajuan Camry petrol. Camry hibrid SL dan SX dilengkapi pedal penukar gear pada stereng.

Dari segi keselamatan, kesemua varian Camry dilengkapi Toyota Safety Sense dengan fungsi Peringatan Penukaran Lorong, Sistem Keselamatan Pra-Pelanggaran dengan pengesanan pejalan kaki.

Turut dilengkapi Lampu Tinggi Automatik, Kawalan Jelajah Radar Dinamik dan Banuan Pengesanan Isyarat Jalan Raya (isyarat kelajuan sahaja).

Harga Camry 2023 bermula dari AUD36,820 (RM111,392) bagi varian asas Ascent sehingga AUD50,320 (RM152,207) untuk varian premium SL.

Camry sudah berada di pasaran sejak 2017 dan berdasarkan tempoh kitaran produk bakal diganti baharu.

Keputusan Toyota Australia adalah satu yang munasabah kerana tempoh menunggu terlalu lama mungkin menjangkau pelancaran model baharu.

BACA >>> Toyota C-HR (2024) Masuk UK Januari Tahun Depan dalam Varian Hibrid 1.8L dan 2.0L, Harga Mula RM181k!

BACA >>> #TahukahAnda: 7 Sebab Toyota Camry Masih Berbaloi Dimiliki!

BACA >>> Toyota GR Corolla (2024) Cuma 550 Unit Dihasilkan di Jepun dengan Bolt Dipertingkat, Harga RM168k!

Toyota Toyota Australia Toyota Camry Toyota Camry Hybrid
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

    27/03/2026
    AFEELA Prototype 2026
    Auto Terkini

    Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

    27/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ: Lesen Tamat Tempoh Lebih 36 Bulan Tidak Layak Terima BUDI95

    27/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.